Aku menulis bukan kerna nama,bukan kerna wang dan upah,
Kerna kasih sayang pada sesama insan,
Dan menyatakan kasih sayangNya...
Peringatan Untuk Diri
Hadith yg diriwayatkn oleh Ibnu Majah, "sesiapa yg mempelajari sesuatu ilmu krn hendak menandingi ulama dan bermegah kpd org yg bodoh, hendaklah ia menyediakan tempatnya di dlm neraka"

5 Sep 2009

Mungkinkah ada penghuni di planet lain selain bumi.


Dalam Surah Asy Syura Allah menyatakan, "Dan di antara tanda-tanda (kekuasaan)-Nya ialah menciptakan langit dan bumi dan makhluk-makhluk yang melata yang Dia sebarkan pada keduanya. Dan Dia Maha Kuasa mengumpulkan semuanya apabila dikehendaki-Nya", (QS 42:29).

Dalam ruangan santai kali ini saya ingin berkongsi pandangan berkenaan dengan isu yang agak ringan tetapi masih lagi dalam landasan agama.

Bumi tempat tinggal kita ini berada dalam salah satu sistem suria didalam galaksi bima sakti, dimana terdapat banyak lagi sistem suria didalam galaksi bima sakti. Selain dari itu, terdapat pula banyak lagi galaksi galaksi lain di alam semesta ini seperti andromeda, kalium dan lain-lain.

Didalam setiap galaksi ini terdapat beribu2 sistem suria seperti sistem suria kita. Masing2 mempunyai matahari mereka dengan putaran orbit tertentu. Bintang yang kita lihat pada malam hari adalah salah satu daripada matahari yang mempunyai planet2 mengelilinginya. Matahari kita juga salah satu dari bintang.

Persoalannya, tak mustahilkah ada salah satu dari planet lain dalam sistem suria yang banyak ini yang mempunyai kedudukan jarak yang sama atau lebih kurang dengan jarak bumi dan matahari kita, dengan matahari dalam sistem suria planet itu?
Adakah mustahil jika wujudnya makhluk berakal seperti manusia di planet lain.

Jika wujud, akan timbul pula 2 persoalan .Adakah mereka tidak di bebankan dengan kewajipan melaksanakan syariat oleh Allah seperti kita.
Tetapi dalam Alqur'an Allah menyatakan seperti berikut"tidak aku ciptakan manusia dan jin melainkan untuk beribadat kepadaku"
Dalam ayat ini Allah hanya menyebut tentang Manusia dan jin ,tidak dinyatakan berkenaan makhluk lain.

Mungkinkah jika ada kehidupan selain dari bumi ,mungkin makhluk itu seperti binatang yang tidak berakal dan tidak di bebankan dengan tuntutan agama.Jika ada yang mampu menafsirkan maksud Surah Asy Syura diatas dipersilakan memberi komen.
Wallahua'lam.

-ijoks2009-

1 comment:

Isa said...

"Time and Space"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...