Peringatan Untuk Diri
Hadith yg diriwayatkn oleh Ibnu Majah, "sesiapa yg mempelajari sesuatu ilmu krn hendak menandingi ulama dan bermegah kpd org yg bodoh, hendaklah ia menyediakan tempatnya di dlm neraka"

2 Pictures, Images and Photos
Klik Gambar Untuk Menonton

30 Nov 2009

Marilah Bergoyang bersama Inul di hari Raya


Beginilah antara Aksi goyang gerudi Inul ketika umat Islam di Malaysia sedang menyambut Aidiladha

Akhirnya cita-cita Inul Daratista untuk membuat goyang gerudi di Malaysia tertunai ketika umat Islam di negara ini sedang menyambut Hari Raya Aidiladha dan menghayati peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim as.

Bertempat di KL Live, Life Centre, Jalan Sultan Ismail, semalam(29 november) Inul mengoyangkan 360 darjah gerudinya yang memukau kira-kira 5,000 penonton. Persembahan itu diadakan secara percuma kononnya untuk pekerja Indonesia di negara ini.

Tiket percuma dan terhad kepada warga Indonesia bukan isunya. Isunya, ia diadakan di negara ini ketika umat Islam sedang menyambut Aidiladha. Persembahan Inul yang terkenal dengan imej aksi goyang gerudi dengan kelucahan melampau ternyata menghiris hati dan perasaan umat Islam di negara ini.

Siapa yang membenarkan persembahan itu diadakan di negara ini? Adakah kerajaan 1Malaysia yang diterajui Umno yang mendakwa mereka parti Islam tidak mengetahui bahawa Majlis Ulama Indonesia sendiri telah memberi fatwa bahawa goyang gerudi adalah haram? Kenapa ulama Umno yang mengampu pemimpin mereka dalam isu doa Tuan Guru Nik Aziz senyap seolah-olah buta dan tuli dalam isu goyang gerudi ini? Adakah mereka sudah jumpa fatwa dan hujah yang menghalalkan dan mengharuskan goyang gerudi ini?

Adakah dengan membenarkan Inul membuat konsert di negara ini semalam merupakan salah satu syarat pengorbanan yang menjadi tuntutan dan ajaran Islam.?Jika itu syaratnya, maka dengan konsert ini semalam lengkaplah 'rukun' korban yang dilakukan oleh pemimpin Umno untuk tahun ini.


-ijoks2009-
Apa kata Ulama'Umno ?
Apa hukumnya pak menyaksikan persembahan dangdut versi Inul Darasista pada hari raya yang mulia.

2 comments:

Ayid said...

Ijok, Kesahihan UMNO mengamalakan Islam sikular nyata terserlah, ini dapat kita perhatikan apabila UMNO membenarkan konsert Inol Gerudi di adakan.

Mana pegi tok-tok mufti semua, mana Harus, Mana Noh yang lantang bersuara menegur Tok Guru membaca doa untuk Najib.

Patutkan UMNO menebik dada mengatakan mereka telah mengatakan Malaysia adalah Negara Islam? Islam dari sudut mata UMNO mungkin ini agaknya.

UMNO tidak boleh berselindung di sebalek Konsert Inol di adakan umumnya untuk rakyat Indonesia. Persoalanya ini Malaysia ke Indonesia. Kuasa ditangan mereka samada untuk membatalkan atau sebaliknya

UMNO Bn juga tidak menghormati bulan yang mulia dimana kita meraikan Hari Eidul Adha selama 3 hari untuk kita berkorban. Apakah UMNO tidak mengetahui kita umat Islam hanya mempunya 3 sahaja hari kebesaran,(Hari Raya) iaitu- Aidil Fitri, Aidil Adha dan Hari Jumaat.

UMNO cuba mengundang bala dari Allah. Tunggu masa nya bala pasti akan tiba. Tadbir

ijoks2009 said...

Salam Ayid,ulama'umno sudah jadi harimau sarkas yg hanya bertindak atas arahan tuannya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pemberitahuan

Blog ini ditulis berdasarkan pandangan peribadi penulis ,bukan mewakili mana-mana tokoh atau parti politik.Yang mana yang serasi dengan Islam dan jiwa penulis akan disokong yang mana tak betul akan ditegur.

Artikel Terdahulu