Aku menulis bukan kerna nama,bukan kerna wang dan upah,
Kerna kasih sayang pada sesama insan,
Dan menyatakan kasih sayangNya...
Peringatan Untuk Diri
Hadith yg diriwayatkn oleh Ibnu Majah, "sesiapa yg mempelajari sesuatu ilmu krn hendak menandingi ulama dan bermegah kpd org yg bodoh, hendaklah ia menyediakan tempatnya di dlm neraka"

30 Jun 2009

Ujian kemenangan lebih dahsyat dari ujian kekalahan

Kata ulama,Allah menguji orang orang yang dikasihinya,lebih kuat ujian yang kita dapat menandakan lebih kasihnya Allah kepada kita.Ada orang yang di uji dengan kemiskinan,ada yang diuji dengan masaalah hutang,penyakit,dan macam-macam lagi tapi ujian yang terbesar ialah ujian kesenangan.
Rasulullah sendiri tidak risau dengan ujian kesusahan yang ditimpakan keatas umatnya,yang dirisaukan baginda ialah apabila umatnya diuji dengan kesenangan.

Memang telah banyak contoh-contoh yang dapat kita lihat dari sejarah silam,kebanyakan manusia mudah lupa diri apabila diuji dengan kesenangan pangkat dan harta.Karun,Firaun,Namrud,Abu Jahal,Abu Lahab,semuanya terpedaya dengan harta dan kuasa.

"Mudah-mudahan Tuhan kamu akan membinasakan musuh kamu dan menjadikan kamu khalifah di bumi,kemudian Dia akan memerhatikan bagaimana pula perbuatan kamu"
(surah Al-A'raf:129)

kemenangan Islam semakin hampir dibumi Malaysia,ini bermakna kita bakal menghadapi ujian yang lebih dahsyat,iaitu ujian kemenangan.Nabi pernah bersabda ketika pulang dari medan perang ,maksudnya lebih kurang:

"kita baru saja pulang dari perang yang besar menuju perang yang lebih besar, iaitu perang melawan nafsu"(kalau salah ustz.Al-Jauhary tolong betulkan)

Perang melawan hawa nafsu iaitu perang untuk melawan nafsu rasuah,nafsu gila pangkat,gila jawatan,gila projek dan macam-macam lagi perangkap Iblis yang bakal menanti.
Maklumlah apabila memegang kuasa semua ada di depan mata,adakah kita benar-benar bersedia untuk menghadapi ujian yang lebih besar itu?(ijoks2009)

Misteri Di Arafah2008

Perhatikan pada tompok -tompok putih kat atas.
Gambar-gambar ini di email oleh abang aku,dia dapat dari kawannya yang jadi cameraman bagi tabung haji.Diambil semasa musim haji tahun lepas,bertempat di padang Arafah.Menurut cerita orang yang ambik gambar ni sewaktu gambar ni diambil dia melihat banyak tompokan warna putih sedang turun dari atas .Kelihatan tompokan-tompokan itu bagaikan awan atau kabus.Apa sebenarnya yang Allah nak tunjuk,wallahua'lam.

Mungkin gambar macam ni dah ada kat internet tapi gambar ni mmg diambil dari sumber yang boleh di percayai.
Sebenarnya dah 2-3 hari aku terima gambar ni,sekarang baru teringat nak publish.

ijoks2009:Ustaz Al-jauhary tolong bagi komen

A smile from sky

Tak ada idea nak tulis apa-apa,hihii,tengah surf internet tadi jumpa gambar ni,rasa terpesona dengan dengan keindahan alam.Saya terus jadikan wallpaper.
Allah tidak menjadikan sesuatu dengan sia-sia.Sama-sama kita fikir.
Thanks pada orang yang ambik gambar ni.
Allahuakbar..
Sumber:http://janggut-suarakaki.blogspot.com

Pemimpin umno disaran tutup mulut(YB Mahfuz)


Pemimpin UMNO disaran menutup mulut dan tidak memberi pandangan tentang Pas jika parti itu enggan menerima pelawaan untuk berdebat sebagaimana yang dicadangkan Mursyidul Am Pas, TGNA.
Mengulas isu tersebut,

Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak harus menerima pelawaan Menteri Besar Kelantan untuk berdebat dengan hati terbuka dan ikhlas jika mahu mencari penyelesaian terhadap pertembungan dua parti tersebut.

"Debat merupakan langkah yang baik untuk menyelesaikan masalah berbangkit. Dalam soal ini, Datuk Seri Najib tidak harus memberi alasan untuk menolak pelawaan TGNA, tetapi jika mereka enggan, saya sarankan agar UMNO tidak lagi bercakap mengenai Pas," katanya kepada Sinar Harian semalam.

Menurutnya, tidak timbul isu yang mengatakan PAS akan menggunakan platform berdebat untuk menjatuhkan UMNO sebaliknya apa yang diinginkan ialah memperbetulkan kesilapan BN sepanjang memerintah.
Katanya, melalui percambahan minda yang diadakan secara terbuka, segala idea dan cadangan dapat dikeluarkan dengan lebih jelas serta disaksikan seluruh rakyat.

Dalam pada itu ,Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, kerajaan harus bersikap telus dan adil kepada rakyat Kelantan yang kini dinafikan haknya untuk mendapatkan royalti daripada pengeluaran minyak di perairan negeri itu.
Menurutnya, BN kini dilihat seolah-olah menyembunyikan fakta bahawa lokasi sebenar pelantar minyak itu di perairan Kelantan.

"Jika benar kawasan itu di kawasan tuntutan pertindihan antara beberapa negara, semestinya agihan kepada pendapatan gas dan minyak itu ada, duit itulah yang sepatutnya diserahkan kepada rakyat Kelantan melalui peruntukan royalti.

"Apa yang dapat dilihat sekarang rakyat negeri itu dinafikan haknya, kalau begitulah caranya dilakukan BN, maka rakyat tidak seharusnya membayar cukai yang ada," katanya.

Sumber:SinarHarian

Jadual Ceramah Terkini

Tarikh:7 Julai 2009

Tempat:Padang Bola Chuchoh Puteri A

Penceramah:Tok Guru Nik Abd.Aziz,Dato'Sri Anwar Ibrahim,Dato’ Husam Musa.













Tarikh:12 Julai 2009
Tempat:Markas UPU Sg Perial

Penceramah:
Tok Guru Nik Abd.Aziz,Dato,
Sri Anwar Ibrahim,
YB Nik Amar

Umpatan yang di bolehkan

Saidina Umar Al-Khatab pernah berkata"Tidak ada kehormatan keatas orang-orang fajir(Imam A-Ghazali berkata,Al-Fajir ialah mereka yg melalukan kefasikan secara terang-terangan tanpa berselindung,

Manakala Al-Imam Hasan Al-Basri pula berkata,"Tiga golongan manusia boleh di umpat,iaitu:
1)Mereka yang mengikut hawa nafsu
2)Yang melakukan kefasikan secara terang-terangan
3)Pemimpin yang zalim

Antara golongan Al-Fajir mengikut tafsiran Imam Al-Ghazali antaranya<:
1)Lelaki yang menampilkan diri seperti wanita
2)Golongan yang mempunyai kedai minuman keras(samaada dlm bentuk saham atau sebagainya)
3)Mereka yang minum arak secara terang-terangan
4Yang mengambil harta manusia secara paksa

29 Jun 2009

Jasa-Jasa Kerajaan BN Kepada Rakyat








Mengapa masih Bersedih


Pada suatu ketika Ibrahim bin Adham,melihat seorang lelaki yang sedang bersedih.lalu beliau bertanya lelaki itu"wahai saudara ku,aku ingin bertanya 4 perkara dan aku harap engkau menjawabnya."baiklah,jawab pemuda itu.

"Apakah ada hal yang terjadi di dunia ini yang terjadi tidak dengan kehendak Allah?"

Tentulah tidak,jawab pemuda.

"Apakah ada rezekimu yang kurang dengan ketentuan Allah?"

Tentulah tidak.

"Apakah akan berkurang tempoh waktu yang ditetapkan untukmu oleh Allah?"
Tidak."

Kalau begitu mengapa engkau masih juga bersedih"kata Ibrahim Adham

28 Jun 2009

Tokguru Nak Jumpa Najib


“Saya nak minta beliau (Najib) berdebat dengan saya bulat-bulat secara terbuka. Tidak secara sulit kerana perkara ini telah terbuka kepada umum. Tak habis-habis sejak tahun 1951.

Begitulah antara kata-kata tok guru semasa di temuramah oleh wartawan selepas program Solat dhuha perdana yang di anjurkan kerajaan negeri Kelantan kelmarin.

Ini adalah reaksi balas terhadap laporan polis yang dibuat oleh pemuda umno berkenaan isi ceramah beliau pada 21 haribulan minggu lepas.Dalam ceramah tersebut Tokguru menegur pemimpin umno dan menyatakan bahawa umno dan komunis adalah sama.Kerana kata beliu umno dan komunis sama-sama menolak Islam sebagai dasar pemerintahan negara.

“Sekarang macam-macam berlaku. Pemuda UMNO Kelantan kelmarin dalam sidang akhbar melaporkan bahawa mereka membuat laporan polis berkenaan ucapan saya. Tak apa. Itu dia punya fasal.katanya

Dalam kenyataannya juga Tuanguru menyatakan hasratnya untuk berdebat dengan Najib secara terbuka bukan dengan sembunyi-sembunyi.Jika tidak isu perbalahan umno-pas tak akan selesai katanya.

“Masalah itu hanya akan selesai dengan cara Islam. Dalam Islam ada tiga cara, pertama dengan bijaksana; kedua, nasihat dan ketiga adalah berdebat,”

“Saya cuma nak tahu kenapa UMNO tolak Islam. Kenapa UMNO lawan Pas sedangkan Pas ini guna Islam. Debat secara terbuka antara beliau sebagai pemimpin Islam dengan Najib yang dianggapnya pemimpin sekular,” katanya.

Dalam kenyataannya juga Tokguru menyatakan pihaknya akan menghantar surat jemputan kepada Najib dalam masa terdekat.Sama-sama kita lihat beranikah Najib menyahut cabaran Tokguru..(ijoks2009)

ijoks2009:Saya amat bersetuju dengan kata-kata Tokguru itu,ini barulah cara gentelman biar hujjah lawan hujjah.Kalau boleh biar debat itu disiarkan kat RTM ke atau TV3 biar semua rakyat boleh tengok.

Isu Selatan Thai


KUALA LUMPUR, 28 Jun (Hrkh) - "Kami memohon kepada seluruh rakyat Malaysia agar dapat berdoa kepada tuhan supaya diberi ketabahan melalui hidup ini, ini yang kami mahukan.

"Mereka tidak meminta bantuan dan kekayaan tetapi mengatakan nasib mereka perlu diberi perhatian daripada seluruh rakyat malaysia yang cintakan kedamaian,"demikian pengalaman yang diceritakan oleh Presiden Teras Pengupayaan Melayu (Teras), Mohd Azmi Abdul Hamid semasa menyertai rombongan ke tempat peristiwa berdarah di Masjid al Furqan di Cho Airong yang terletak 50 kilometer dari bandar Sungai Golok yang berlaku baru-baru ini.

Seramai 11 orang jemaah masjid berkenaan telah dibunuh secara kejam oleh 6 lelaki yang bersenjatakan rafile dan tidak berpuas hati dan masuk ke dalam sebelum melepaskan beberapa das tembakan bagi memastikan semua jemaah terbabit benar-benar mati

Menurutnya yang membuat lawatan ke tempat kejadian pada 14 Jun lalu, mereka memohon kepada rakyat Malaysia agar dapat berdoa supaya dapat melalui hidup ini dengan tabah.

Beliau berkata demikian dalam sidang media yang diadakan di Dewan Masjid Al Muhsinin, Taman Danau Desa, dekat di sini yang turut dihadiri oleh Presiden Sekretariat Himpunan Ulama Asia (Shura), Ust. Abdul Ghani Samsudin dan Timbalan Yang Dipertua Persatuan Ulama Malaysia, Dato' Md. Saleh Ahmad.

Katanya, ketika menceritakan pengalaman beliau semasa menyertai rombongan yang dianggotai oleh 15 dari 11 badan bukan kerajaan (NGO) Malaysia, mereka diiringi oleh lebih kurang 30 anggota tentera dan polis serta ditemani oleh seorang Mejar Jeneral dari Bangkok.

"Mereka dihantar untuk mengiringi kami dengan kawalan keselamatan yang ketat dengan hampir 15 'check point' dan dari Patani ke Narathiwat tempat kejadian terdapat lebih kurang 10 'check point'.

"Ini sangat ketat serta sangat sukar untuk orang biasa untuk pergi ke tempat kejadian itu.

"Mereka mengawasi setiap pertemuan kita dengan penduduk kampung, tetapi alhamdulilah semasa kami pergi ke kampung tersebut tiada masalah dari segi kami hendak meyatakan rasa simpati atas yang yang menimpa," katanya.

Sambung beliau, kami juga menyampaikan derma sebanyak RM 30,000 hasil daripada kutipan derma rakyat Malaysia dan pihak berkuasa juga menyaksikan ketika kami menyampaikan derma tersebut kepada penduduk yang terlibat dalam pembunuhan kejam itu.

Suasana di sana katanya, sangat memilukan setelah mengadakan pertemuan dengan semua balu-balu kerana suami mereka semuanya berumur dalam lingkungan umur yang paling muda sekitar 33 tahun dan yang tua pula berumur dalam lingkungan 60 dan 70 tahun.

"Kami juga melihat sendiri keadaan masjid itu di mana peluru yang digunakan dengan begitu banyak dan kesannya dapat dilihat pada dinding masjid.

"Sama sekali kita merasa sangat-sangat sedih terhadap suasana masjid al Furqan itu yang dikelilingi oleh suasana kampung yang sangat damai tetapi mereka berhadapan dengan kejutan itu," katanya.

Namun katanya, mereka tabah menghadapi semua ini, masih lagi nampak kuat. Tetapi para balu itu mengatakan ini merupakan satu trauma yang sama sekali tidak akan hilang dalam hiudp mereka.

"Mereka juga memikirkan bagaimana hendak mengatasi kehidupan dengan menyara anak-anak yang menjadi yatim akibat peristiwa ini yang kami hitung lebih kurang seramai 22 orang," ujar beliau. - mks._
Petikan dari:harakah daily.net

Hiburan Melampau


Pada hari ini dunia semakin berkembang pesat membangun,setiap hari ada sahaja alat-alat caanggih yang baru di cipta untuk kegunaan manusia,namun begitu tidak semua alat itu menjadikan kehidupan manusia jadi lebih baik.jika disalahgunakan akan merosakkan nilai positif dalam diri manusia.

Sebagai contoh pembekal-pembekal rancangan rancangan TV kat negara kita sekarang berlumba-lumba untuk menarik penonton yang ramai.Stesen yang mendapat sambutan ramai akan memberikan keuntungan yang banyak kepada syarikat.Golongan remaja dan kanak-kanak adalah antara golongan yang paling gemar menonton TV,maka untuk menarik golongan ini pelbagai rancangan hiburan telah dibuat tanpa memikirkan kesan negetif kepada penonton.Rancangan television seperti jom heboh,Akedemi Fantasia,Mentor,Raja Lawak,Bintang RTM dan pelbagai lagi rancangan realiti TV yang bolehlah diibaratkan seperti mee segera yang tidak memberikan apa-apa faedah kepada pembentukan jiwa remaja terus di siarkan tanpa ada sekatan.Wlaupun ada bantahan dari pihak Mufti sekalipun bagaikan tidak di pedulikan lagi.Asalkan dapat duit apa saja boleh dilakukan.

Yang lebih menyedihkan lagi kebanyakan peserta adalah dikalangan remaja Islam yang bakal menjadi pemimpin suatu masa nanti.Ibu bapa juga bagaikan memberikan galakan dan dorongan bagi anak-anak mereka untuk menyertai pertandingan menyanyi bahkan ada yang menagis apabila anak mereka tidak dapat memasuki peringkat akhir.Macamlah takda masa depan bagi anaknya jika tak dapat menjadi penyanyi,sedangkan dalam masa yang sama mereka tidak merasa bersalah membiarkan anak-anak gadis mereka dengan tidak menutup aurat terpekik terlolong jadi bahan tontonan umum.
Ibu bapa dan anak 2x5 saja sama-sama jahil sama-sama bodoh.

Sepatutnya mereka lebih risaukan anak mereka tak pandai baca Qur'an tapi sebaliknya mereka lebih mementingkan nyanyian berbanding ayat-ayat suci.
Mungkin inilah yang di maksudkan oleh nabi Muhammad SAW.

"Kamu akan mengikuti jejak langkah mereka sejengkal demi sejengkal,sehasta demi sehasta sehingga jika mereka masuk ke lubang biawak sekalipun kamu akan turuti.Sahabat bertanya,adakah 'mereka' yang baginda Rasul maksudkan itu Yahudi dan Nasrani? Jawab Baginda siapa lagi kalau bukan mereka"(ijoks2009)

Macam-macam Hal


AMPANG: Seorang lelaki hanya mampu berputih mata apabila kereta berharga RM100,000 yang baru dibelinya tidak sampai tujuh jam hangus terbakar dalam kejadian di jejambat Lebuh raya Lingkaran Tengah (MRR 2) di sini, petang kelmarin.

Menurut mangsa dikenali sebagai Lim Teck Ann, 30, dia terkilan kerana tidak sempat menunjukkan kereta baru itu kepada ahli keluarga apabila ia hangus ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Taman Melati, kira-kira jam 7.30 malam.

Difahamkan, mangsa membeli kereta itu dari sebuah kedai menjual kenderaan terpakai di Selayang Auto City di Selayang.

“Tepat jam 12 tengah hari, saya memandu keluar kereta itu selepas urusan jual beli selesai. Saya memandu kereta itu ke pejabat saya di Ampang dan ketika itu, kereta berada dalam keadaan baik.
“Bagaimanapun, ketika dalam perjalanan ke rumah, tiba-tiba kereta saya mengeluarkan asap hitam lalu memberhentikannya di tempat kejadian.
“Sebaik keluar, api mula marak dan saya hanya mampu melihat ia terbakar sambil memberi amaran kepada pengguna jalan raya lain.

“Seorang lelaki yang cuba membantu memadam kebakaran kereta saya menggunakan alat pemadam api juga gagal,” katanya.

Kebakaran itu berjaya dikawal sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Pandan Indah dengan bantuan sebuah jentera kira-kira 10 minit kemudian.
Sumber:http://www.hmetro.com.my

ijoks2009:Macam-macam cara di lakukan oleh manusia untuk menipu demi untuk memperolehi keuntungan .Berhati-hatilah kepada pembeli kereta terpakai jangan jadi mangsa seperti lelaki ini.Bagi sesiapa yang pernah menjadi mangsa penipuaan,tak kiralah penipuan jenis apapun bolehlah bagi nama syarikat syarikat mana yang menipu anda supaya orang lain tidak menjadi mangsa syarikat yang sama.sila ceritakan kisah anda di ruangan komen.

27 Jun 2009

Sedikit Fakta berkaitan Cocacola

Fakta seperti yang tersenarai dibawah adalah kajian santifik yang dibuat oleh ahli sains kesihatan/sosial di USA dan Britain serta laporan dari seluruh dunia mengenai minuman ringan Coke : Coca Cola.

Di dalam kebanyakan negeri di US, kereta peronda lebuhraya akan dimuatkan 2 gallon Coke untuk menghilangkan kesan darah di jalanraya apabila berlaku kemalangan. Cam pasukan SMART dan bomba kita tu, Harzadous Team. Cuba tanya Plus Ronda atau Polis Lebuhraya, adakah mereka guna?

Anda di rumah diharap dapat mencuba kajian ini :

1. Masukkan tulang dalam satu mangkuk yang diisi Coke, ia akan hancur atau hilang sama sekali dalam masa 2 hari. Elok untuk yang berniaga sup tulang!

2. Untuk mencuci tandas : Masukkan setin air Coke dalam tandas dan biarkan selama 1 jam dan kemudian 'flush'. Kesan kotoran/hampas akan hilang dari tindakan 'citric asid' yang berada dalam Coke. Satu bahan gantian untuk mencuci kalau sabun dah habis! Rasa-rasa buat sabun badan boleh tak?

3. Untuk menghilangkan kesan karat dari bumper kereta jenis chrome : Lap bumper dengan aluminium foil yang dicelup dengan Coke. Kesannya karat hilang!

4. Untuk menghilangkan kesan 'corrosion' atau hakisan pada skru/nat bateri kereta : Tuang saja setin Coke pasti kesan hakisan hilang serta merta.

5. Untuk melonggarkan skru yang berkarat dan ketat : Sekali lagi tuang setin Coke, skru tersebut pasti longgar dan boleh dibuka.

6. Untuk menghilangkan kesan minyak/lekit dari pakaian : Tambahkan setin Coke dalam mesin basuh bersama sabun pencuci dan basuh macam biasa. Kesan minyak tu pasti hilang. Kemudian bolehlah minum air basuhan tadi berperisa coke(gurau je jangan buat).

7. Cermin kereta anda berdebu/kotor/ melekit ? Celup tuala dengan Coke dan lap.Pasti bersih. Tak payah guna tin sembur cuci cermin cam jual di Yawata tu kerana ianya amat mahal!

8. Bahan aktif Coke adalah phosphoric asid. Ia mempunyai pH 2.8. Ia boleh meleburkan sebatang paku dalam masa 4 hari. Kilang Perwaja/besi mesti suka ni!

Asid tersebut juga menghakis kekuatan tulang belakang dan tulang lain dalam badan yang merupakan punca utama kearah penyakit osteoporosis.

Sila lihat lori yang membawa air sirap Coke dalam lori tangki,[ bukan lori yang bawa Coke siap dalam botol/tin] pasti dilengkapi dengan tanda amaran "Bahan Kimia Bahaya" atau"Bahan Penghakis : bahaya". Lori tangki itu juga diselaputi bahan penghakis hakisan untuk mengelak lori tu dihakis. . Tolong jangan letak/parking kereta berhampiran lori tangki yang ada tanda amaran tu, silap-silap tengah bawak kereta, putus 2 sebab hakisan/karat.

9. Para pengedar minuman Coke telah menggunakannya untuk mencuci bahagian enjin lori/trak mereka sejak 20 tahun. Wahh...mesti buat overhaul ni!

10. Kandungan gulanya 18 sudu cawan teh satu tin Coke. Cuba try bancuh kopi/teh dengan 18 sudu gula tu kat rumah dan minum mesti termuntah tapi tambahkan citric asid, mesti muka tersenyum. Tambah pula dengan ais!. Wahh! Rasa cam minum Coke berperisa kopi. Asid tersebut akan bertindak terhadap lidah untuk memberi signal kepada otak bahawa air yang diminum tidak berapa manis. Lidah ngan otakpun kena tipu. Semua minuman ringan menggunakan asid yang sama. Tak kiralah Pepsi. 7-up, Drinho, Yeos, Milo, F&N dll. Sama jer! Anak bapak dan Keluarga 69.

Coke membawa maksud dadah Cocaine. Asal minuman Coke adalah dicipta untuk menghilangkan rasa letih dan mengkhayalkan untuk para pekerja buruh. Cam candu masuk China dulu. Antara isi kandungannya adalah ekstrak dari daun coca [cocaine] dan kacang Cola. Tu yang mai perkataan CocaCola tu.

Cuba rendamkan gigi [gigi yang patah ker tapi kalau nak rendam gigi dalam mulut tu pun boleh gak] dalam satu mangkuk Coke, pasti gigi tu hilang/lebur dalamasa 24-49 jam. Yang mana sakit gigi, try cara ni, kot-kot gigi tu bleh hilang!

Kalau anda tak suka minum kopi tapi suka sangat minum Coke, sama jer! Anda minum Caffein, bahan yang sama dalam 2 minuman tersebut.
Sumber:http://taniameow.blogspot.com/

Kisah Sebenar Peristiwa Memali(siri2)

Seperti yang saya katakan hari sabtu lepas,minggu ini saya akan ceritakan serba sedikit biodata diri PakTeh,pencerita yang menceritakan kisah sebenar tragidi memali.
Nana sebenar Pakteh ialah MatPiahYunus.Pakteh mula mendapat pendidikan awak di sekolah rendah Keb.weng,Baling Kedah.Disitulah Pakteh mula berkawan dengan Ustaz Ibrahim Libya.walaupun Pakteh lebih muda dari Ustaz Ibrahim beberapa tahun namun sikap Ustaz Ibrahim yang suka berkawan merapatkan lagi hubungan mereka.

PERSEKOLAHAN
Pakteh meceritakan,sewaktu zaman persekolahannya Ustaz Ibrahim seorang yang periang dan amat suka bersukan.Antara sukan yang menjadi minatnya ialah sepak takraw dan bola sepak sehingga Asyahid Ustaz Ibrahim pernah beberapa kali mewakili sekolahnya dalam pertandingan sukan .Selepas Tamat Sekolah Rendah Pakteh melanjutkan pelajarannya ke Madrasah Khairiah,Kg.Pisang Baling Kedah.Namun begitu pakteh hanya sempat belajar sehingga tingkatan 3 sahaja kerana masaalah keewangan.

Ustaz Ibrahim pula menyambung pelajaran di Sekolah Agama Inttifaqiah,Kg.Charok Putih ,Weng Kedah.Kemudian Ustaz Ibrahim melanjutkan pelajaran ke beberapa tempat pula antaranya Pondok Al-Khairiah Pokok Sena,Seberang Prai,Asyahid juga pernah menuntut di NilamPuri Kelantan sebelum ke Deoban India,Universiti Al-Azhar kemudian ke Libya.
Pakteh pula,walaupun tidak sempat menghabiskan sekolah menengah minat Pakteh untuk belajar masih tinggi.Untuk itu dia mengikuti kuliah-kuliah pengajian di masjid-masjid dan pondok2 pengajian.Antara guru-guru Pakteh ialah Allahyarham Tuan Guru Hj.Omar Zuhdi,pengasas pondok Lanai.Tuan Guru Hj yahya Kupang(meninggal)dan Lebai Yaakub,Pengasas sekolah Agama Carok Putih,Weng.

KERJAYA
Setelah tamat tingkatan tiga Pakteh mula membuat kerja-kerja kampung sehinggalah beliau berkahwin pada usia 18 tahun.Pakteh pernah menjadi pemandu van,menghantar barang-barang runcit ke kedai-kedai runcit.

kisah seterusnya Minggu hadapan.Akan diceritakan bagaimana dalam peristiwa Memali berdarah itu Pakteh ditembak dan 14 biji peluru M16 hinggap ketubuhnya dari jarak kurang 10 meter.(ijoks2009)

Dato'hj Ahmad Maher



Dato' hj.Ahmad Maher bin Ismail adalah putera sulung kepada Tok Kemuning.
Lahir di Ma'ala,Mekah pada bulan Ramadhan November 1904 bersamaan 1322 hijrah.

Setelah Usia 9 tahun beliau pulang ke kelantan lalu belajar di pondok di pondok Tok kenali kemudian menyambung pelajaran di Masjid besar Kota bharu.Beliau juga sempat berguru kepada Tok Khatib hj.Nik Abdullah,Haji Ahmad Hakim dan Tok Khurasan.

Tahun 1925 melanjutkan pelajaran ke Universiti Al-Azhar Mesir.Di Universiti inilah beliau mendapat gelaran Maher dari gurunya Sheikh Mohd Bakhit bin Husain Al-Hanafi kerana kemahirannya dalam bidang usul fiqh dan Balaghah.

Setelah menamatkan pelajaran pada 1 julai 1931 beliau kemudian dilantik menjadi nazir di pejabat pelajaran MAIK,Kelantan.Oktober 1935 dilantik menjadi khadi.

Antara jasa-jasa beliau pada negeri Kelantan ialah menyusun dan mengadakan pembaharuan pada sistem pengajian halakah kitab di Masjid Muhammadi
1968 Dato'hj.Ahmad Maher meninggal pada usia 64 tahun

26 Jun 2009

Solat Dhuha Perdana di Kota Bharu

Kerajaan negeri kelantan akan menganjurkan program solat Dhuha Perdana di Kota Bharu esok(27 jun2009) berdekatan Pasar Siti Khadijah.
Program di janggka bermula jam 8.00 pagi semua rakyat kelantan atau bukan yang berada di kelantan yang beragama Islam dijemput hadir.Solat akan di Imamkan oleh Tuanguru Menteri besar sendiri.Sepanjang program jalan-jalan sekitar Pasar akan di tutup untuk sementara.Harap maklum.

Al-Fatihah

Irwan Muhammad Zain Fri Jun 26, 09 12:14:24 pm MYT

KUALA LUMPUR, 26 Jun (Hrkh)- Bapa Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayob selamat dikebumikan jam 11.00 pagi tadi setelah menghembus nafas terakhirnya kira-kira pukul 12.15 malam tadi.

Allahyarham Haji Ayob Omar, 75 terlantar di hospital kira-kira tiga bulan yang lalu setelah mengalami kemalangan jalanraya.
Beliau meninggalkan seorang balu, Aminah Abdullah, 60, dan tiga orang anak serta 13 orang cucu.
Jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Serkat, Tanjung Piai, Pontian, Johor pada pukul 11.00 pagi tadi./wann

Artikel Hina Ulamak(Mesti Baca)

Ada ke orang hindu yang hina Sami dia,ada tak orang Budha yang hina ketua agama dia,pernah dengar tak orang Kristian menghina Paderi dia.Tapi ada orang Islam yang hina Ulama
setahu aku "BAPAK UMNO" pun hormat kat Tokguru tapi cuba baca apa si peniaga kari basi ni kata

PARPUKARI: Apa lagi aku nak cakap pasal bapak pembelit ni lagi? Dia punya belit mengalahan Siva S1N3 lah! Korang baca dan fahamkan apa yang si nyanyuk tua ni cakap! Makin lama makin merapu si Nik Ajis ni, eloklah kau undurkan diri Nik Ajis!
Kenapa harus UMNO yang mintak maaf "Nik Ajiz" oi? Kau yang selalu kutuk tak hengat punya selalu, sekarang kau nak UMNO pulak mintak maaf, sepatutnya kau yang mintak maaf dari UMNO!

Kau dah mula takbur sekarang ni Nik Ajis, tak baik macam tu, tunjukkanlah contoh seorang Islam yang baik, jangan jadi KELING tahap PARIA punya, jangan lah buat hukum sendiri Nik Ajis, berbaliklah kepada Al Quran dan Sunnah! Janganlah menyesatkan orang lagi wahai Nik Ajis! Bertaubatlah kamu!
http://parpukari.wordpress.com/

ijoks2009:Layak ke si parpukari ni nak tegur orang yang lebih tinggi ilmunya dari dia,setinggi mana ilmu agamanya berbanding Tokguru.Lulusan Al-azhar kah dia.Dari ayat-ayat yang dia guna dah nampak sangat kebodohan dia,Umno dah kehabisan hujah ke..

Pas Punca Perbalahan Orang Melayu


Artikel ni saya copy dari harakahdaily.net.
Ni memang betul-betul copy N pase je.Harini x sempat nak bagi apa-apa ulasan,hihi..

KOTA BHARU, 25 Jun (Hrkh) - Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dianggap tidak terdedah dengan sejarah politik Islam sehingga menganggap PAS sebagai punca perbalahan orang Melayu di negara ini.
betullah PAS menjadi punca balah, maka Nabi Muhammad saw juga menjadi punca masyarakat Arab ketika itu berbalah.
"Ini kerana PAS meniru apa yang dilakukan Nabi Muhammad saw.

Apakah Nabi Muhammad saw menjadi punca belah. Sedangkan apa yang berlaku punca pecah belah datang daripada orang yang lawan Islam," kata Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Mursyidul Am PAS itu bertanya sekarang siapa punca berpecah belah, parti Islam atau parti kebangsaan yang berteraskan sekular.

Menurutnya, orang Islam kena tengok semula sejarah, adakah Nabi Muhammad saw menjadi punca perbalahan masyarakat ketika itu atau orang yang melawan ajaran dibawanya.
"Kalaulah Nabi Muhammad saw menjadi punca balah, maka apa yang dikatakan Mufti Perak itu betullah.
"Sedangkan baginda berbalah dengan bapa saudara dan masyarakat Arab bagi menegakkan Islam. Jadi siapa yang menjadi punca balah," katanya di sini.

Sebuah akhbar hari ini menyiarkan kenyataan Mufti Perak yang dianggap kecewa dengan gelagat sesetengah parti politik yang mendakwa Islam tetapi sanggup berkelahi dan memutuskan tali persaudaraan bagi menegakkan ideologi politik mereka.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang Menteri Besar Kelantan berkata, PAS ditubuh di Pulau Pinang oleh alim ulama yang asal berada dalam Umno.
Namun katanya mereka keluar daripada Umno dan menubuh sebuah parti Islam pada 1951.
Beliau juga berkata, Umno ialah United Malay National Organization yang memperlihatkan parti itu berjuang berteraskan kaum.

"Jadi mengapa dia sibuk dengan kita, sedangkan dia parti Melayu. Pelawalah orang Melayu seramai yang boleh kerana mereka parti orang Melayu.
"Tetapi sekarang mengapa pula orang Melayu sudah ramai yang lari daripada Umno. Orang Melayu sudah lari kepada PAS, KeADILan dan DAP," tambahnya.
Menurutnya juga Umno selama ini secara jelas menyebut agama lain dan politik lain dalam perjuangan mereka.
Sedangkan beliau berkata, Islam meminta manusia berpadu sama ada dengan orang Melayu, Cina dan India.
"Kalau perpaduan sebenar biarlah semua kaum dalam BN dan Pakatan Rakyat berpadu," katanya.

Oleh itu beliau meminta supaya mufti terbabit supaya lebih baik menggunakan masa yang berharga untuk mempengaruhi Umno supaya tukar dasar kebangsaan kepada Islam.
"Berapa sen harga kaum Melayu atau bangsa Arab di Padang Mahsyar kelak. Dalam keadaan PAS masuk Perikatan dahulu lalu dengan dijemput pun PAS ditendang keluar.
"Inikan pula kita yang cuba sorong-sorong kepala. Sebab itu saya tengok sehari dua ini Umno macam orang gila talak pula," katanya.

Sebelum ini ketika mengadakan pertemuan dengan warga pendidik di Kuala Krai, Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyebut perpaduan hanya diminati antara PAS dan Umno sahaja dan bukan melibatkan parti lain. - mj_

25 Jun 2009

Bukti Kebenaran Al-Quran Di Dasar Laut


Mr.Jacques Costeau, ia seorang yang sangat berminat tentang lautan, sepanjang hidupnya menyelam ke perbagai
dasar lautan didunia.

Ketika sedang menyelam di bawah laut, tiba-tiba ia menemui mata air tawar-segar yang
sangat sedap rasanya kerana tidak bercampur dengan air laut yang masin di sekelilingnya, seolah-olah ada dinding yang membatasi keduanya.
Fenomena ganjil itu memeningkan Mr. Costeau dan mendorongnya untuk mencari penyebab fenomena itu.Namun ia tak mendapatkan jawaban tentang fenomena ganjil tersebut.

Sehinggalah pada suatu hari ia bertemu dengan seorang profesor muslim, kemudian ia pun menceritakan fenomena ganjil itu.
Profesor itu kemudian membacakan(surat Ar-Rahman ayat 19-20)Artinya:

"Dia membiarkan dua lautan mengalir yang
keduanya kemudian bertemu,antara keduanya ada batas yang tidak dilampaui masing-masing."


Kemudian dibacakan surat (Al Furqan ayat 53).

Dan Dialah yang membiarkan dua laut yang mengalir; yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit;dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi.

Terpesona mendengar kebenaran ayat-ayat Allah itu,Mr.Costeau akhirnya memeluk Islam
Kebenaran Alquran pasti akan terbukti sedikit demi sedikit.Semakin bertambah ilmu manusia,semakin jelaslah kebenaran Al-Quran.(ijoks2009)

Siapa Rosmah?(18SG)

Tolong tengok sampai bahagian ke3 baru bagi komen.
Bahagian(1)

Bahagian(2)

Bahagian(3)

Kalau Rosmah tak buat,bersihkan nama kat makamah.cerita ni ramai dah tau dah lama tp katRTM1,RTM2,TV3 suku memang takkan keluar la.baru skrg dpt masuk video sebab keluarga dia dah hilang sabar.bukti ada saksi ada ,Siap tunjukkan Kad Pengenalan dan Surat Beranak.

24 Jun 2009

SIS, Sesat Lagi Menyesatkan




Kenyataan yang mengelirukan dari pertubuhan Sister in Islam (SIS)

Kenyataan rasmi SIS yang bertajuk "Controversy on Polygamy" bertarikh 8 Januari 2002 di mana SIS menyatakan antara lain( Terjemahan dari bahasa Inggeris )"Oleh itu isu yang sepatutnya perlu dibincangkan di dalam masyarakat kita hari ini bukanlah sama ada poligami patut dibenarkan semula di dalam undang-undang sivil untuk orang-orang bukan Islam tetapi sama ada poligami sepatutnya harus diteruskan di bawah undang-undang keluarga Islam untuk orang Islam …

Orang Islam seharusnya mengetuai masyarakat lain di dalam perjuangan menentang poligami dan penyalahgunaanya."Pendirian SIS yang kontroversial terhadap isu poligami tersebut tidak berhenti di situ.
SIS juga adalah salah satu dalang utama di dalam kempen monogami ( satu suami satu isteri ) yang dianjurkan oleh Coalition on Women’s Right in Islam pada 16/3/2003.
SIS juga, tanpa bersandarkan disiplin ilmu , dengan begitu mudah membuat pendirian bahawa Kongsi Raya bukanlah amalan agama ( lihat kenyataaan rasmi SIS bertajuk " Kongsi Raya not a religious ritual" bertarikh 16 hb Jun 2006 ) di mana antara lain SIS menyatakan" Kongsi Raya is not a religious ritual, but a harmonious social custom that has become part of Malaysian tradition, and become a model to other countries

( Terjemahan : Kongsi Raya bukanlah amalan agama tetapi satu adat sosial yang harmonis dan menjadi satu tradisi orang-orang Malaysia dan menjadi model kepada negara –negara lain )

Lihatlah betapa mudahnya SIS mengeluarkan kenyataan seolah-oleh isu kongsi raya tidak mempunyai nilaian dan celupan agama. Bagi orang Islam menyambut hari raya adalah satu bentuk ibadah ( sebab itu ada syiar takbir dan ibadat solat iaitu solat aidil fitri dan solat i'edul adha ) dan memandangkan ianya satu 'ibadah amalan tersebut tidak boleh dibuat mengikut kemahuan kita sendiri.

Lihat sendiri pengakuan dari mantan pengasas SIS terhadap tindakan SIS berhubung pemakaian tudung.
Bekas pengasas SIS, Cik Salbiah Ahmad sendiri mengakui antara sebab mengapa beliau telah keluar dari pertubuhan tersebut dan tidak mahu lagi terlibat dengan pertubuhan itu adalah kerana isu tudung. Di dalam bukunya yang bertajuk " Critical Thoughts on Islam , Rights and Freedom in Malaysia ( 2007 ) beliau menulis seperti berikut
( lihat m/s 8 dan 9 )

" Salah satu sebab untuk saya meninggalkan dan tidak lagi menyertai SIS pada tahun 1997 , pertubuhan yang saya tubuhkan pada tahun 1987 adalah kerana isu tudung.. Dalam pertemuan pertama dengan wakil Yayasan Ford ( Ford Foundation ) , salah seorang anggota SIS telah membuka tudung yang saya pakai.

Anggota SIS tersebut tidak mahu mana-mana ahli SIS dipandang oleh pembiaya SIS adalah mereka yang "jenis bertudung ( "tudung type" ) , tidak progresif , fundamentalist dan obscurantist ( golongan yang kabur ) .

Saya terasa dihina dengan dengan tindakan ahli SIS tersebut dan saya memaklumkan hal tersebut kepadanya di dalam pertemuan tersebut.
Tetapi ahli SIS tersebut tidak berubah dan bagi saya tindakan tersebut tidak menghormati pilihan saya ( untuk bertudung )"
Sumber:http://peguampas.blogspot.com/

Kepimpinan Menurut Islam


Kepimpinan bukanlah satu kelebihan tetapi adalah satu tanggungjawab yang besar yang perlu dipertanggungjawabkan dari dunia sampai akhirat.
Setiap pemimpin wajib melaksanakan segala ketetapan Allah .
Saidina Abu Bakar pernah berkata " Sesiapa yang menjadi pemimpin keatas ummat Muhamad SAW dan dia tidak menegakkan hukum dari kitab Allah, baginya kutukan dari Allah"
Abdullah bin samit meriwayatkan "kami berbaia'h agar tidak menentang kepimpinan melainkan jika berlaku 'kufran bawaahan' iaitu maksiat yang dilakukan oleh pemimpin yang jelas bercanggah dengan hukum-hukum Allah dan kaedah-kaedah Islam.
Imam Abu hanifah berkata"Apabila seorang pemimpin menggunakan kekayaan negara dengan cara yang tidak sah ataupun melakukan kezaliman dalam hukuman maka kepimpinannya dianggap batal.
Seorang lagi tokoh ulama Islam,Qadhi Iyad pula mengeluarkan fatwa "Apabila berlaku keatas seseorang pemimpin tanda-tanda kekufuran atau perbuatan mengubah syariat ataupun melakukan amalan bidaah maka wajiblah dilucutkan kepimpinannya dan gugurlah ketaatan rakyat kepadanya.Ketika itu beliau hendaklah di gantikan dengan seorang yang adil

23 Jun 2009

Tokguru Tarikbalik Kenyataan

"Kami bersama-sama dalam satu saf yang padu, untuk terus bersama-sama memperjuangkan keazaman PAS bagi mendaulat Islam di persada tanahair.

"Kami juga bersetuju sebulat suara bahawa kerajaan perpaduan diberhentikan serta merta seperti yang telah diputuskan oleh Presiden PAS bersama Pakatan Rakyat dalam satu kenyataan bersama di bangunan Parlimen jam 2.30 tadi yang menolak sepenuhnya idea kerajaan perpaduan.

"Oleh yang demikian, selaras dengan itu, saya selaku Mursyidul Am PAS menarik balik segala kenyataan saya terhadap YB Ustaz Nasharuddin Mat Isa, Timbalan Presiden PAS dan dengan itu, ianya tidak berbangkit lagi."

Demikianlah kata-kata Tokguru pada sidang akhbar selepas mesyuarat khas petang semalan.mesyuarat tersebut dihadiri oleh semua presiden Pakatan Rakyat bagi membincangkan Isu kerajaan Perpaduan yang di gembar-gemburkan media baru-baru ini.

Alhamdulillah,kini tiada lagi isu besar yang yang boleh di manipulasikan oleh UMNO dan BN untuk memecahbelahkan pakatan rakyat.

ijoks2009:"Buang yang "Biru Pekat" ambil yang "Biru muda"

Isu Perpaduan Akhirnya Selesai


http://perisik-rakyat.com/Monday, June 22, 2009

Dalam satu kenyataan yang membawa mudarat bagi Perdana Menteri Najib Abdul Razak,Seluruh pimpinan PAS sepakat menguburkan sama sekali isu Kerajaan Perpaduan dan membulat tekad melawan Umno/Bn.Selesai masyuarat khas di pejabat agung PAS di ibu negara 6.55 petang tadi,

Mursyidul Am PAS Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat,Presiden PAS Dato Sri Abdul Hadi Awang dan Timb.Presiden PAS ustaz Nasharudin Mat Isa dalam satu kenyataan berkata,PAS tidak lagi mahu terjerumus dalam tektik murahan Umno/Bn.PAS dilihat menjadi permainan media arus perdana yang cuba melaga-lagakan antara Mursyidul am (Nik Aziz) dan Timbalan Presiden (Nasharudin) dalam isu Kerajaan Perpaduan.

Namun Pakatan Rakyat hari ini mencapai satu keputusan tepat menolak sama sekali isu Kerajaan Perpaduan yang hangat diperdebatkan saban hari.
Dato Nik Aziz berkata dugaan ini tidak pernah melemahkan semangat setiakawan parti aliran islam itu,sebaliknya menguatkan lagi iltizam dan tekad PAS untuk melawan politik kotor Umno/Bn.


"Kami bersetuju sebulat suara bahawa polemik Kerajaan Perpaduan dihentikan serta merta" Tegas Mursyidul Am PAS dan MB Kelantan itu.Menyentuh kata dua kepada ustaz Nasharudin Mat Isa tempoh hari,Dato Nik Aziz menjawab,Isu antara beliau dan Timbalan presiden PAS yang juga Ahli Parlimen Bachok itu telah diselesaikan dalam suasana penuh kekeluargaan dan keharmonian dengan menarik balik segala kenyataan terhadap Nasharudin.

Topengperak Serang Manik Urai

Sampai Kota Bharu, aku tak dapat nak online sebab aku tak dak laptop... jadi, aku cuma buat kerja macam biasa kemudian peram sampai aku dapat publish.Tengahari ni baru aku dapat jumpa Cyber Cafe, dekat area Kubang Kerian. bukak mail, tengok banyak komen dalam blog.

komen paling menarik sekali ialah "pergh... dapat duit sumbangan, naik flight..." (tah anon mana tah tinggal komen ni, aku tak sempat nak check lama-lama sebab kejar masa... kena save bajet)...Kendian ada pulak yang mintak aku perjelas lebih kurang ape kene mengena airport, Kuala Krai, Manek Urai lebih kurang sebab ade yang celaru...Penjelasan aku - aku datang Kelantan naik keretapi Express Wau jam 8:30 malam hari sabtu malam ahad. rege tiket aku RM39... mintak maaf semua, aku datang Kelantan bukan dengan duit sumbangan korang... duit sumbangan tu dah setel buat bayar bil broadband aku yang tertunggak bulan lepas (aku tambah sikit sebab tak cukup).

Macam mana aku sampai sini tu korang tak payah pikir... ada hamba Allah jemput bankin kan dekat aku RM100 sebagai tambang dan perbelanjaan aku dekat sini 2-3 hari ni.Tengahari ahad aku ke Lapangan Terbang Pengkalan Chepa untuk sambut ketibaan DS Anwar Ibrahim yang akan bertemu mata dengan TGNA di JKR 10... sorry geng, aku tak pernah naik flight, bukan level aku naik flight, level aku, KTM je... hahaha...Belah malam aku ke La'loh, Kuala Krai untuk majlis ceramah perdana (semua laporan ada di blog PinkTurtle dan juga Shamb.Yeol).OK... tutup hal yang celaru, harap semua paham.

Lagi 1 aku mintak maaf banyak-banyak sebab sepanjang aku dekat sini, tak banyak yang aku dapat update dalam blog ni & untuk apa-apa perkembangan, boleh rujuk ke blog PinkTurtle atau Shamb.Yeol sebab aku akan salurkan apa-apa info samada gambar atau berita pada ke 2-2 blog ini sebab mereka ada kemudahan untuk update sesegera mungkin.Mintak maaf geng. aku buat setakat yang aku mampu je. kalau sempat aku update dekat sini, aku akan update, kalau tak sempat, korang bukak je 2-2 blog tu sebab kemana-mana pun, kami bertiga buat masa ni.Mekasih geng.

Ijoks2009:Selamat datang ke Kelantan Topengperak,
Terima kasih bantu kami di Manik Urai

Bahaya Telur Palsu


Telur buatan bukanlah hal baru di China.Sebuah pusat latihan tertentu di Kota Shangqiu mengajarkan teknik pembuatan telur buatan dan pusat latihan tersebut menjamin bahwa telur keluaran mereka sangat sukar dibezakan dengan telur asli dari segi bentuk dan rasa.

Ini adalah berita yang sangat membimbangkan dunia Islam.Bagaimana dengan hukum telur palsu ini,Persoalan yang timbul adakah bahan-bahan buatannya halal.Jabatan agama Islam perlu memantau perkara ini dan memastikan telur-telur ini tidak di jual di Malaysia.
Seorang wartawan dari Majalah East Week dari Hong Kong mengikuti salah satu kursus tersebut.Untuk menciptakan telur putih, mereka menggunakan sejenis ramuan seperti agar-agar, bubuk yang tidak diketahui jenisnya, asam benzoid,tawas,dan bahan-bahan lain lagi.

Untuk menciptakan kuning telur, bubuk berwarna kuning jeruk dicampur ke dalam air dan diadun. Cairan itu kemudian dituangkan ke dalam bekas plastik berbentuk bulat dan dicampur dengan kalsium klorida.Ini akan membuat selaput tipis di luar ‘kuning telur,’ yang akan mengikatnya dengan kuat.
Kulit telur pula dibuat daripada sejenis cairan putih yang tidak ketahui jenisnya dituang ke dalam telur palsu itu, lalu dibiarkan kering.

Ia kemudian dijemur dengan sinar matahari atau dikukus.Orang yang pernah merasa telur ini mengatakan bahwa rasa telur palsu intak dapat dibezakan dengan telur asli.Para saintis memperingatkan akan bahaya telur palsu ini.
Seorang profesor Universiti Hong Kong memperingatkan bahwa telur ini mungkin dapat mengakibatkan penyakit penyakit mental yang serius yang dapat mempengaruhi kemampuan berpikir, mengingat dan tingkahlaku.
Wallahua'lam.

22 Jun 2009

Tiada Lagi Isu UG,UMNO Makin Tertekan

KUALA LUMPUR, 22 Jun (Hrkh) - Majlis Presiden Pakatan Rakyat hari ini menegaskan pihaknya menolak sebarang usaha membentuk kerajaan perpaduan dengan Umno.

Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sendieri menyatakan, dalam isu Kerajaan Perpaduan, Umno telah menjalankan fitnah yang jahat dan dengan itu pihaknya bertegas tidak lagi mahu membincangkan pembentukan kerajaan tersebut.

Apa yang diusahakan sebelum ini disalah tafsir oleh kepimpinan Umno-BN untuk memfitnah PAS dan Pakatan Rakyat semata-mata memecahbelahkan hubungan pakatan, katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan sidang media bersama Sekretariat Majlis Presiden Pakatan Rakyat di Bilik Ketua Pembangkang, Bangunan Parlimen hari ini.

Turut hadir ialah, Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim; Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub; Setiausaha Agung PAS, Dato' Mustafa Ali dan Dato' Seri Nizar Jamaluddin.
Sementara di pihak KeADILan, Presiden, Dato' Seri Wan Azizah Wan Ismail; Timbalan, Dr Syed Husin Ali; Naib Presiden, Azmin Ali dan Sivarasa Rasiah; anggota MT KeADILan, Saifuddin Nasution, dan di pihak DAP pula, Setiausaha Agungnya, Lim Guang Eng; Dato' Ngeh Ko Ham.

Sementara itu, Anwar yang membacakan kenyataan mewakili Pakatan Rakyat menyebut, akatan Rakyat menolak pengwujudan kerajaan perpaduan.
"Semua parti dalam Pakatan Rakyat mengulangi komitmen untuk terus bersama memperkasakan Pakatan Rakyat bagi membentuk kerajaan persekutuan akan datang," katanya.
Petikan dari: www.harakahdaily.net

Waspada AL-Quran Palsu

WASPADA….. !!!!Al-Qur’an Palsu buatan Amerika, sebarkan kepada semua muslim berita ini,Sebuah buku yang dibuat oleh para pendakyah kristian untuk mengelirukan umat Islam.
Berjudul "The True Furqan" tapi isinya bertentangan sekali.Judul lain buku ini ‘The 21st Century Quran‘! berisi lebih dari 366 halaman baik bahasa Arab dan Inggris, sekarang kabarnya diedarkan kepada generasi muda di Kuwait di sekolah2 berbahasa Inggris disana.

Baru-baru ini dapat dikesan cuba di seludup masuk ke Malaysia,namun dapat di rampas.
Mengandungi 77 surah, termasuk Alfatihah, Al-Jana and Al-Injil.Semuanya dimulai dengan sebuah versi panjang gabungan kepercayaan Kristian tentang tiga tuhan.
Dan bertentangan sama sekali dengan Islam, Antara kandungan nya seperti mempunyai lebih satu isteri dianggap perbuatan Zina, perceraian itu dilarang, dikatakan juga bahwa Jihad adalah HARAM.

Buku yang sangat menyesatkan. Jadi tolong sampaikan kepada semua muslim tentang buku ini semoga Allah melindungi kita semua dari fitnah musuh-musuh Islam,Juga terdapat dalam versi web(http://www.islam-exposed.org) JANGAN TERPEDAYA
Semoga bermanfaat buat kita semua
Jika anda sayangkan Islam,copy N pase kat blog korang.

21 Jun 2009

Laknat Allah keatas Penabur Fitnah

Islam agama kedamaian yang mengajar manusia berlaku adil dan beradap sopan walaupun dengan orang bukan islam.Dalam Islam jenayah fitnah dianggap satu dosa yang besar,bahkan dosa fitnah lebih besar dari membunuh.Dalam Al-Quran banyak ayat-ayat Allah melaknat orang-orang tertentu termasuklah penabur fitnah.

"Sesungguhnya orang-orang yang menyakiti Allah dan Rasul-Nya; Allah akan melaknatnya di dunia dan di akhirat, dan menyediakanbaginya siksa yang menghinakan. Dan orang-orang yang menyakitiorang-orang mukmin dan mukminat tanpa kesalahan yang merekaperbuat, maka sesungguhnya mereka telah memikul kebohongandan dosa yang nyata." (QS. Al-Ahzab: 57-58)

Yang memfitnah (menuduh) berzina:"Sesungguhnya orang-orang yang menuduh (berzina) perempuan-perempuan yang baik-baik, yang tidak pernah terpikir melakukankekejian lagi beriman, mereka dilaknat di dunia dan di akhirat, dan bagi mereka azab yang besar." (Al-Nur: 23)

Selain dilaknat, penuduh atau pembuat fitnah itu tidak boleh diterima kesaksianya seumur hidupnya dan dicambuk 80 kali menurut syariat Islam.

"Dan orang-orang yang menuduh (berbuat zina) perempuan-perempuan yang baik—baik dan tidak mendatangkan empat orang saksi maka deralah mereka (yang menuduh itu) delapan puluh kali dera dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. Dan mereka itulah orang-orang yang fasik." (QS. Al-Nur: 4)

Kesimpulannya janganlahkita termasuk dalam perangkap musuh-musuh islam dengan turut sama menjadi agen penabur fitnah.Sebelum menyampaikan sesuatu berita hendaklah di pastikan kesahihan berita tersebut .
Walahua'lam..

Tip mencepatkan computer 2

Jika anda membaca tulisan saya minggu lepas berkenaan tip mempercepat komputer anda tentu nak tahu tip yang ke dua.Inilah dia.
v
v
Mula-mula pergi pada icon start di sebelah kiri kat bawah skrin tu,lepastu klik kat run.
Dalam kotak dialog tu taip regedit.ok/Enter >doble klik pada HKEY_LOCAL_MACHINE >Doble klik pada SYSTEM >Doble klik pada CurrentControlSet >doble klik pada control >Klik pada ContentIndex>pergi kepada kotak sebelah kanan.Anda akan lihat terdapat banyak senarai di situ.
Cari perkataan "StartupDelay">Doble klik perkataan itu > Kemudian klik pada perkataan Decimal > kemudian ubah data dalam kotak dialog Value data: kepada 40 >ok.
Lepas tu resstart computer.
Anda akan dapati proses restart akan menjadi lebih pantas dari biasa.

Selepas restart tunggu selama 30 saat pergi ke start>Run>taib regedit>Doble kilk pada HKEY_CURRENT_USER > Doble klik Control Panel > Klik pada Desktop >pergi ke kotak sebelah kanan, cari perkataan "MenuShowDelay">Doble klik perkataan tersebut >ubah Value data: kepada 0>ok.
Kemudian Restart kembali.Perlu di ingat selepas restart anda hendaklah menunggu sekurang-kurangnya selama 30 saat sebelum boleh mengguna/menguji kecepatan komputer anda untuk kali pertama.
Semoga anda bergembira dengan hasilnya.(ijoks2009)

20 Jun 2009

Pas Tidak Lupa Sengketa Lama

KUALA LUMPUR, 20 Jun (Hrkh) - Pemuda PAS menempelak kenyataan Timbalan Perdana Menteri Dato' Muhyddin Yasin yang mahu PAS melupakan sengketa lama bagi membina semula hubungan baru.
Ketuanya, Nasruddin Hasan Tantawi berkata meskipun PAS sebagai sebuah gerakan Islam harus mempraktikkan sikap terbuka dan memberi maaf kepada sesiapa jua, namun pada masa sama pihak yang memohon maaf perlu menghormati dasar serta prinsip perjuangan PAS.
"Bagaimana Muhiyidin boleh membangkitkan isu 'lupakan sengketa lama' sedangkan usaha untuk usaha-usaha yang Umno-BN lakukan selama ini langsung tidak menunjukkan ke arah untuk menamatkan sengketa itu, tindakan mereka ini tidak ubah seperti 'ajak-ajak ayam'," katanya kepada Harakahdaily.
Jelasnya, isu yang berlaku sekarang ini bukanlah sengketa lama tetapi Umno hendaklah menghapuskan punca sengketa tersebut.
Berita selanjutnya klik disini

Kisah Sebenar Peristiwa Memali(siri 1)

Kisah benar ini saya petik dari penceritaan Pakteh salah seorang mangsa Memali yang masih hidup sehinggalah buku ini ditulis(1997)Walaupun sekarang Pakteh telah meninggal,kisah benar yang telah diceritakan oleh beliau boleh dijadikan panduan dan pengajaran kepada generasi akan datang.

Pakteh atau nama sebenarnya Mad Piah Yunus merupakan antara orang yang
menjadi orang tengah antara pihak polis dengan penduduk kampung pada hari peristiwa berdarah itu berlaku.

November 1985,Kampung Memali yang terletak dalam daerah baling Kedah telah diserang dengan 2 buah kereta kebal,di ikuti dengan fru dan polis hutan yang lengkap bersenjata m16.Dalam operasi yang di namakan operasi hapus itu berlaku atas arahan Dr.Mahadhir Mohamad selaku PM pada masa itu.

Walaupun sudah lebih 12 tahun peristiwa hitam itu berlaku namun saya merasa terpanggil untuk menceritakan kisah sebenar ini memandangkan masih ramai yang belum tahu kisah sebenar peristiwa ini.Bukan seperti laporan yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan pada masa itu yang banyak mengandungi unsur-unsur fitnah terhadap penduduk memali yang terlibat pada masa itu terutama kepada Asyahid Ustaz Ibrahim Libya dan murid-muridnya yang turut terkorban dalam tragedi berdarah tersebut.

Asyahid difitnah sebagai penyebar ajaran sesat kepada penduduk kampung sedangkan apa yang sebenarnya ialah konspirasi jahat politik kotor Dr.Mahadhir untuk menjatuhkan PAS.
1984,Dr.Mahadhir demi mempertahankan kuasanya telah mengarahkan polis untuk menangkap beberapa pempinan pas dan penceramah-penceramah yang popular pada masa itu.Antara penceramah pas yang telah ditangkap dibawah akta ISA pada masa itu ialah,Ustaz Bunyamin Yaakub(Arwah),Ustaz Latif Muhammad,Ustaz Abu Bakar Chik,Hj.Mohammad Sabu(Abang Mat),Hj.Mahfuz Omar dan Haji Ghazali Hasbullah.

Waran tangkap juga di keluarkan kepada Ustaz Ibrahim Libya tetapi beliau enggan menyerah diri sepertimana kawan-kawan beliau yang lain kerana demi mempertahankan prinsip kebenaran Ustaz Ibrahim enggan menyerah.
Beliau kemudian di sembunyikan murid-muridnya selama lebih kurang 40 hari sebelum dibawa pulang.Setelah pulang, beliau meneruskan aktiviti dakwahnya namun secara sembunyi di rumahnya.walaupun sebelum ini beliau sentiasa mengajar di masjid di kampung beliau.

Tindakan ini telah diambil kesempatan oleh pihak UMNO dengan menuduh Ustaz Ibrahim mengajar ajaran sesat.Yang akhirnya membawa kepada peristiwa berdarah tersebut.
Kisah seterusnya akan bersambung minggu hadapan.Akan saya akan ceritakan sedikit latar belakang pencerita iaitu Pakteh.Siapakah beliau,cara hidup beliau dan hubungan beliau dengan Asyahid Ustaz Ibrahim Libya.

TOK WAN ALI (1820an - 1913)


Tok Wan Ali Kutan atau nama lengkapnya Haji Wan Ali bin Wan Abdurahman dilahirkan dikampung kutan sebuah kampung berdekatan sungai Kelantan.Datuknya bernama Wan Abd Ghafur.Mengikut cerita beliau telah dibawa oleh ayahnya,Wan Abdurrahman ke Mekah sewaktu masih kanak-kanak lagi.
Beliau mendapat pendidikan awal diMekah dibawah didikan Tok Pulai Chondong.Guru-guru beliau yang lain tidak dapat diketahui dengan pasti,namun berdasarkan kiraan waktu semasa beliau membesar di Mekah iaitu pertengahan abad ke 19, andaian dibuat mungkin beliau sempat belajar dengan Sheikh Hasbullah yang sangat terkenal di Mekah pada masa itu.
Setelah Menamatkan pengajiannya ,Haji Wan Ali memperkembangkan pengajian Islam di Masjidil haram.
Antara ulama-ulama besar kelantan dan Patani yang sempat berguru dengan beliau ialah:
Syeikh Wan Ahmad bin Wan Muhamad Zain al-Fatani
Haji Umar Sungai Keladi
Tok BacokTok Bachok
Tok Kemuning
Hj Yusuf Pulau Ubi
Tok Bermin
dan Tok kenali juga dikatakan salah seorang murid beliau.
Di kelantan Tok Wan Ali tidak begitu terkenal kerana tidak membuka sekolah pondok tapi beliau sangat terkenal dengan kitab-kitab karangan beliau terutamana kitab Lum'at al-Aurad dan al-Jauhar al Mauhub.Dua buah kitab ini membahaskan berkenaan panduan amalan dan bimbingan dalam kehidupan seharian seorang muslim.
Beliau juga menulis kitab membicarakan ilmu usuludin dan sebuah kitab syair yang mengandungi Qasidah puji-pujian terhadap Rasulullah SAW.
Setelah begitu banyak menabur jasa dan ilmu kepada dunia Islam Tok Wan Ali menghembuskan nafas yang terakhir pada tahun 1913 di tanah suci Mekah.
Al-Fatihah..

19 Jun 2009

10 Ahli Parlimen PAS berbaia'h kepada Tokguru

Baru-baru ini negara di hebohkan dengan isu kerajaan perpaduan yang menjadi buah mulut ahli -ahli pas dan pakatan rakyat

Isu ini menjadi semakin hangat apabila timbalan presiden PAS akhir-akhir ini semakin kerap membuat kenyataan yang mengelirukan ahli parti sehingga menimbulkan kekecohan dalam parti.Tindakan Nasarudin ini dilihat seolah-olah tidak menghormati Tuanguru Nik Aziz selaku mursyidul Am bagi parti PAS.

Akhirnya Tokguru terpaksa membuat kenyataan yang tegas menyatakan pendirian beliau menolak sekeras-kerasnya sebarang usaha untuk membentuk kerajaan perpaduan dengan UMNO.Kata beliau kerajaan perpaduan hanyalah akan merugikan PAS dan perjuangan Islam di Malaysia.Baru-baru ini idea kerajaan perpaduan(UG) di tentang keras oleh ahli dan kelab penyokong pas dari kalangan bukan Islam.

Husyammusa seperti juga tokguru juga tidak bersetuju dengan UG dalam kenyataannya baru2 ini menyatakan bahawa idea kerajaan perpaduan hanya akan memecahbelahkan perpaduan dalam PAS dan pakatan pembangkang."jika sekiranya Najib benar-benar ikhlas tentulah UMNO takakan meletakkan calon untuk bertanding di Manik Urai kerana kerusi manik urai adalah milik pas sebelum ini"katanya baru-baru ini. 

Kelmarin sepuluh orang ahli parlimen daripada PAS membacakan ikrar taat setia kepada Tokguru Nik Abdul Aziz selaku mursyidul am pas berkenaan dengan isu kerajaan perpaduan yang sering di warwarkan oleh presiden dan timbalan presiden.

Berikut adalah ikrar yang diucapkan oleh mereka dan senarai ahli-ahli parlimen yang menyatakan taat setia kepada Mursyidul Am.

"kami ahli2 parlimen PAS ingin menyatakan kami berpegang teguh dengan keputusan muktamar PAS yang sebulat suara mahu PAS memperkukuh PR dan menolak sebarang kerjsama dengan UBN termasuk isu Kerajaan Perpaduan yang heboh dan panas diperkatakan. Untuk mengelakkan sebarang kekeliruan, persoalan kerajaan Perpaduan ini tidak pernah menjadi agenda PAS seperti yang disebutkan oleh wakil rakyat PAS semalam di Dewan Rakyat"

10 Ahli Parlimen PAS yang telah menandatangani kenyataan akhbar yang di bacakan kepada media di Parlimen hari ini. Mereka adalah:

1)Dr Hatta Ramli (Kuala Krai)

2)Dr Dzulkifli Ahmad (Kuala Selangor)

3)Kamaruddin Jaffar (Tumpat)

4)Siti Mariah Mahmud (Kota Raja)

5)Dr Lo’ Lo’ Ghazali (Titiwangsa)

6)Taib Azamuddin (Baling)

7)Mujahid Yusof Rawa (Parit Buntar)

8)Siti Zailad Mohd Yusof (Rantau Panjang)

9)Mohd Hayati Othman (Pendang)

10)Khalid Samad (Shah Alam).



18 Jun 2009



Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa yang melakukan satu dosa, maka akan tumbuh pada hatinya setitik hitam, sekiranya dia bertaubat akan terkikislah titik hitam itu daripada hatinya. Jika dia tidak bertaubat maka titik hitam itu akan terus merebak hingga seluruh hatinya menjadi hitam." (Hadis riwayat Ibn Majah)

Imbasan yang dilakukan ke atas otak manusia menunjukkan bahawa otak orang yang sedang bercakap bohong kelihatan berbeza dengan otak orang yang sedang bercakap benar.
Kajian yang dibuat dengan menggunakan pengimejan dengan menggunakan getaran magneti (atau fMRI) bukan sahaja menunjukkan apa yang berlaku kepada otak apabila seseorang sedang menipu, ia juga membolehkan penciptaan alat mengesan penipuan.

Terdapat banyak kawasan-kawasan yang unik dalam otak yang terlibat dalam penipuan dan percakapan benar yang boleh diukur dengan kaedah fMRI.
Satu kajian telah dilakukan ke atas 10 orang secara sukarela. Enam orang daripada mereka diarahkan untuk menembak dengan menggunakan pistol mainan dan diminta untuk menipu bahawa mereka tidak melakukannya.

Tiga orang yang lain diminta untuk melihat perbuatan menembak oleh ke enam-enam orang tersebut tersebut dan diminta untuk menceritakan apa yang sebenarnya berlaku. Aktiviti otak mereka dikesan menggunakan fMRI.

Terdapat perbezaan aktiviti otak yang jelas antara otak orang yang menipu dengan otak orang yang bercakap benar. Dalam otak penipu terdapat tujuh kawasan yang aktif dan hanya empat kawasan otak yang aktif bagi orang yang bercakap benar.

Secara umumnya, otak akan berusaha lebih keras lagi untuk menipu berbanding dengan bercakap benar.
Walahua'lam.

17 Jun 2009

Jangan Jadi Sampah Dalam PAS,Kata Tokguru


Mursyidul Am Pas,Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini menyarankan Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa supaya menyertai UMNO sebagai reaksi terhadap Nasharuddin yang terus "perjuangkan" Kerajaan Perpaduan (UG).

Beliau berkata, tiada makna lagi kalau Nashanruddin terus berada dalam Pas jika beliau terus mendokong hasrat untuk mengadakan perbincangan dengan UMNO yang ternyata pernah "merosakkan" perpaduan Pas sebelum ini.
Kenyataan mengejut Nik Aziz itu turut menyifatkan nasharuddin sebagai membuat sampah yang mengotorkan Pas dan menegaskan bahawa UG adalah boneka UMNO.

"Saya ulangi lagi ini (kerajaan perpaduan) kerja boneka Umno, jika benar Nasharuddin setuju terus terang saya sebut lebih baik dia masuk Umno dan letak jawatan sebagai Ahli Parlimen Bachok. Apa buat sampah…ini menyusahkan orang…biar dia masuk Umno seorang.

"Saya banyak terima panggilan dan orang datang jumpa saya sehingga ada yang sebak (tidak setuju) dengan isu itu. Dia masuk Umno senang, lebih baik..daripada duduk dalam Pas, nak bertenggek dalam Pas buat apa…tiada moral kita panggil," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Mingguan di SUK, hari ini.

Sambil menyifatkan idea UG bukan dari Pas, sebaliknya ia merupakan pendapat individu tertentu sahaja.
"Kerajaan Perpaduan ni tidak pernah ada dalam agenda parti Pas selama ini dan ia juga tidak termasuk dalam perjuangan Pakatan Rakyat’"
"Jadi PR tidak tahu…Pas tidak tahu. Runding kerjasamapun Pas tidak bincang dan PR tidak bincang. Isu kerajaan perpaduan sebenarnya adalah boneka Umno,"katanya.
Nik Aziz berkata, jika diwujudkan UG bermakna pemimpin DAP atau Pas juga boleh diangkat jadi Perdana menteri.

katanya, UMNO sekarang sedang berpesta berikutan Pas sudah masuk perangkap "Kalau wujud kerajaan perpaduan DAP atau Pas juga boleh jadi Perdana Menteri. Ini kerana Pas sekarang bercelaru, manakala Pas dan PR juga bercelaru.
http://bypass308.blogspot.com/


ijoks2009:Kami berdiri teguh dibelakang Tokguru

Hak Asasi Manusia Dalam Al-Quran


Pertubuhan pembela hak asasi manusia mula di tubuhkan pada tahun 1948.Tujuannya dikatakan untuk membela orang-orang yang menjadi mangsa kekejaman sesuatu kaum,pertubuhan atau kerajaan yang zalim.Sebelum itu sistem kehidupan di negara barat begitu kucar kacir bagaikan undang-undang rimba.Yang kuat jadi raja,yang lemah jadi hamba.Golongan miskin dan wanita sering menjadi mangsa penindasan orang-orang yang berkuasa tanpa ada pembelaan.

Ini berlainan sekali dengan sistem Islam yang telah lebih dari 1400 tahun dulu menetapkan peraturan hak asasi manusia,iaitu sejak zaman Nabi Muhammad SAW lagi.
Misi pertubuhan" Amnesty International"(pertubuhan hak asasi manusia) adalah untuk mengiktiraf hak asasi manusia tanpa mengira bangsa,warna kulit,jantina,bahasa
atau agama.Semua itu sudah di nyatakan dengan jelas dalam Al-Quran.Dalam Islam diajar bahawa semua manusia adalah bersaudara walaupun berlainan warna kulit kerana semua manusia berasal dari moyang yang satu iaitu Nabi Adam dan isterinya Hawa.

"Wahai manusia,Kami(Allah) ciptakan kamu daripada seorang lelaki dan wanita,dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal.Sesungguhnya orang yang paling mulia antara kamu adalah mereka yang paling bertakwa di antara kamu."
(Al-Hujurat:Ayat 13)

Didalam Islam sebarang perbezaan yang dibuat berdasarkan keturunan ,warna kulit dan sebagainya adalah tidak di iktiraf.Yang menjadikan seseorang manusia itu bernilai atau tidak disisi Allah ialah taqwa nya.Ini menunjukkan keadilan Islam kerana sifat takwa dan iman memang boleh direbut oleh semua orang tak kira apa bangsa sekalipun.

saya pinjam kata-kata tokguru Nik Aziz,

"jika ore cino lebih takwanya dari ore melayu maka cina itu lebih mulia dari melayu,kalu India lebih takwanya,maka India itu lebih mulia dari melayu,kalu ore asli lebih takwanya banding ore melayu,maka dialah yang lebih dimuliakan oleh Allah"

Rujukan:Tafsir Al-Quran,
Dr.Danial Zainal Abidin,
Kuliah Tuan Guru Nik Aziz.

Jika ada kesilapan tolong betulkan.(ijoks2009)

15 Jun 2009

Hilangnya Permata Islam



Pada hari Ahad 14 Jun 2009,jam 4.45 petang,Dunia Islam telah kehilangan satu permata berharga
Dr Fathi Yakan ketua Jabhah Amal Islami di lubnan meningal pada umur 77 tahun.

Sebahgian laman web telah melaporkan kematian terlampau cepat (sebelum kematiannya) dan berita ini disahkan palsu sehinggalah datangnya kenyataan rasmi dari pejabat syeikh Fathi Yakan.
Laman yang di pantau beliau daawa.net telah mengesahkan:
Jenazah beliau akan disolatkan pada asar hari ahad 21 jamadul akhir 1430 hijrah di Masjid Tinal dan akan dikebumikan di perkubnran keluarga di Babur raml.

Sementara itu pihak HAMAS dan alqassam di laman webnya telah memberikan ucapan takziah, ia adalah seperti berikut(takziah HAMAS):
بقلوب مؤمنة بقضاء الله وقدره تتقدم حركة حماس من الشعب اللبناني والحركة الإسلامية والأمة العربية والإسلامية بأصدق مشاعر التعزية الأخوية وبخالص المواساة القلبية بوفاة المفكر الكبير والداعية الإسلامي المجاهد الشيخ الدكتور فتحي يكن.

Latar belakang Fathi Yakan
Fathi Yakan dilahirkan di Tarablas pada tahun 1933,
mendapat ijazah kedoktoran dalam pengajian Islam dan Bahasa Arab.
Terlibat dengan kerja-kerja Islam sejak tahun 50an dan telah menubuhkan Jamaah Islam pada awal 60an.
Menjawat ketua umum di dalam Jamaah Islam (cawangan ikwanul muslimin) sehinggalah pada tahun 1992.
Pada tahun tersebut beliau telah bertanding dan telah memenangi kerusi parlimen. Beliau kekal sehinggalah pada tahun 1996.
Beliau telah mengambil peranan penting untuk menghentikan peperangan Mukhayyam Nahrul Barid di utara Lubnan diantara Tentera Lubnan dan Jamaah Fathul Islami pd tahun 2007.

Buku-Buku Karangan Beliau

Maza ya'ni intiami lil Islam, al-Mutasiqituna fala toriq Da'wah, kaifu nadwu lil Islam dan lain-lain yang melebihi 35 buah buku. Beliau telah memantau laman web dakwah.net.

Isteri beliau bernama mona yakan dan 4 orang anak perempuan dan seorang anak lelaki.
MOGA-MOGA ALLAH MERAHMATI BELIAU DAN MEMBERI KESABARAN KEPADA AHLI KELUARGA BELIAU.

Alfatihah..
Sumber:http://makkalsakhti.blogspot.com

14 Jun 2009

Tip Mencepatkan komputer

Mungkin anda pernah mengalami masaalah computer yang lambat,sama macam saya dulu.Jika anda menggunakan computer lama masaalah ini memang sering berlaku.Ada dua cara yang boleh menyelesaikan masaalah ini dengan tak memerlukan belanja walau satu sen pun.Tip ini amat sesuai untuk golongan Marhaein(miskin)macam saya.

Langkah pertama:
Klik 2 kali pada icon My computer>klik kanan pd local Disc C>properties>Disk cleanup>kemudian tunggu hingga selesai >tekan butang OK atau Enter

Langkah ke Dua:
Klik 2 kali pada icon My Computer macam tadi
>klik kanan pada Local disc C>properties>Tool>Defragmen Now
>klik C(local C)>Analyze>
perhatikan pada tanda merah.semakin banyak tanda merah,semakin perlahan computer anda.kemudian klik Defragmen>Tunggu hingga proses selesai.Setelah selesai,
restart computer
insyaallah anda akan dapati computer anda akan jadi lebih pantas dari sebelumnya

(perlu di ingatkan sebelum anda melakukan proses ini sebarang aktiviti mendownload atau menggupload atau sebarang aplikasi hendaklah dihentikan dahulu.)
Proses Defragmen biasanya akan selesai dalam masa 10 hingga 20 minit bergantung kpd komputer anda.
Saya biasa melakukan proses ini seminggu sekali.Tapi jangan melakukannya lebih dari sekali sehari.

Tip kedua:Bersambung minggu hadapan.

13 Jun 2009

Tok Selehong



TOK SELEHONG (1872 – 1935)

Tok Selehor adalah seorang ulama yang telah memasyhurkan nama sebuah kampung pedalaman di jajahan Tumpat, Kelantan kerana ilmu pengetahuan yang disebarkan kepada para pelajar yang membina pondok-pondok di Kampung Selehor (kini kampung ini lebih dikenali dengan nama Kampung Kok Pasir, Kelantan).

Pondok paling terkemuka di Jajahan Tumpat selepas zaman Haji Abdul Malek Sungai Pinang. Seangkatan dengan Tok Kenali, Tok Padang Jelapang, Tok Bachok, Tok Seridik dan Tok Kemuning.Nama sebenarnya ialah Haji Abdul Rahman bin Haji Osman. Kadang-kadang dipanggil juga dengan nama Haji Abdul Rahman Syair atau Tok Syair kerana kepandaiannya mengarang syair.

Seorang daripada guru awalnya tentulah Haji Abdul Malek Sungai Pinang yang berdekatan dengan kampungnya. Kemudian menyambung belajar di Pondok Cha-ok, Patani berguru dengan Tok Cha-ok @ Haji Abdullah bin Mohd. Akib. Akhir sekali pergi mendalami pengajian di kota Makkah – berguru dengan Pak Chik Wan Daud Patani, Tuan Mukhtar Bogor, Tok Shafie Kedah dan ramai lagi.Selepas 18 tahun bermukim di tanah suci Makkah, pulang ke tanah air (1921) lalu mengasas pusat pengajian pondok sendiri di pinggir Sungai Selehong.

Di pondok inilah beliau mengajar dan mengembangkan pondoknya yang sangat dikenali ramai pada zaman itu. Bidang ilmu yang sangat ditumpukannya ialah ihsanuddin atau tasawuf dengan Syarh Hikam Ibn Ata’Allah sebagai teks utama.Tok Guru Selehong masyhur sebagai ahli sufi yang zahid. Bagi tujuan supaya hatinya tidak tertambat kepada dunia, beliau menggali sebuah lubang khas dalam kawasan tanah perkuburan Islam berhampiran Pondok Selehong yang dijadikannya semacam kamar khusus tempat beliau beribadat dan bersuluk.

Hobi tok guru yang pandai bersilat ini pun agak aneh. Beliau bukan sahaja sering keluar memikat ikan dan berburu rusa, malahan meminati haiwan yang cantik-cantik seperti kuda, biri-biri jantan, ayam jantan laklung persis orang pilihara ayam serama zaman kini.Bapa mertua kepada Tuan-tuan Guru Haji Ahmad Bat Tiga Repek dan Haji Awang Beta ini kembali ke rahmatullah pada jam 8.30 malam Khamis 18 Zulkaedah 1353 bersamaan 20 Februari 1935 dan dikebumikan di Kubor Selehong, Tumpat.

Kegiatan dakwah Islamiahnya diteruskan oleh murid-muridnya hingga ke hari ini. Antara yang masyhur termasuklah Pak Chu Che Abbas Kelong, Haji Yaakub Kelong, Haji Pak Man Berangan, Haji Che Mamat Kok Keli., Haji Awang Lambor, Haji Yaakub Wakaf Bharu, Haji Abdul Rahman Dalam Pator, Haji Abdul Rahman Tendong, Hj. Abdul Rahman Pohon Tanjung, Hj. Abdullah Tal Tujoh, Hj. Che Mat Padang Upeh, Hj. Abdul Aziz Kg. Tujoh, Hj. Mat Bola Geting, Hj. Saleh Pedada Bunohan, Pak Su Wil Kg. Dangar, Hj. Abdul Kadir Gaal, YB Hj. Muhammad Batu Hitam dan Hj. Wan Abdul Latif Jerteh (Terengganu).

12 Jun 2009

Rahsia Pengharaman Babi

Sesungguhnya Allah mengharamkan kepadamu bangkai,darah dan daging babi.
(Surah Al-Baqarah:173)

Apa saja yang diharamkan oleh Allah pasti akan mendatangkan mudharat kepada manusia samaada dapat dibuktikan oleh sains ataupun belum.Yang pasti perlanggaran terhadap hukum Allah pasti mengundang bencana kepada manusia.
Penulisan ini adalah sekadar untuk perkongsian maklumat bersama.Bukannya untuk menghina pemakanan mana-mana kaum dalam Malaysia.

Kajian terbaru yang telah dibuat oleh pakar-pakar sains mendapati banyak kuman-kuman merbahaya yaang terdapat dalam daging babi.Pengarang buku Lethal Law-Animal Testing merangkap pengarah Medical Research Modernisation Committe,berkata bahawa babi mampu mengubah virus yang biasanya tidak berbahaya menjadi sangat berbahaya.

Babi adalah haiwan yang kuat makan. Ia makan semua makanan di depannya. Jika perutnya telah penuh, ia akan memuntahkan isi perutnya dan memakannya lagi,Ia tidak akan berhenti makan, bahkan memakan muntahnya.
Ia memakan semua yang bisa dimakan di hadapannya.
Mengikut kajian saintis kerongkong babi diibaratkan sebagai alat tranformer yang akan mengubah kuman-kuman biasa menjadi kuman lain yang lebih berbahaya.walaupun kuman kuman itu tidak memberikan kesan kepada babi tetapi ia sangat berbahaya kepada manusia.

Tahun 1918,jangkitan virus "influenza" menyebabkan kematian lebih 20 juta manusia di dunia.1997,penemuan kuman "retroviruses" (PERV)merebak melalui cecair tubuh manusia.Virus daripada keluarga HIV juga wujud dalam babi dan tidak dapat dihapuskan kerana ia wujud bersama DNA asal babi.Tahun 2004 Wabak selsema burung(H5N1) telah merebak di beberapa buah negara Asia.

Kini 2009satu lagi virus babi,H1N1(Selsema Babi) melanda dunia,65 orang telah dijangkiti penyakit ini di Amerika Syarikat,Costa Rica pula menjadi negara pertama di Amerika Tengah pertama mengesahkan virus berkenaan disahkan menular di negara itu , manakala Eropah, Israel dan New Zealand terus menyaksikan peningkatan kes.Korea juga telah melaporkan rakyat mereka telah dijangkiti selsema babi… buat masa ni 9 orang telah dikesan.
Dalam daging babi juga mengandungi sejenis cacaing kecik dipanggil cacing pita yang juga memudaratkan manusia.

Catatan Harian Muslim Jerman”, halaman 130-131: “Memakan daging babi yang terjangkiti cacing babi tidak hanya berbahaya, tetapi juga dapat menyebabkan meningkatnya kandungan kolestrol dan memperlambat proses penguraian protein dalam tubuh, yang mengakibatkan kemungkinan terserang kanker usus, iritasi kulit, eksim, dan rematik.
ps/jangan tengok video di bawah jika anda mudah muntah. video

11 Jun 2009

Yang sokong perpaduan ni Boneka UMNO


Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membidas lagi pemimpin parti itu yang mempertahankan saranan membentuk kerajaan perpaduan dengan menyifatkan mereka "boneka Umno".
Beliau juga tidak bersetuju dengan kenyataan Datuk Mustafa Ali, kini setiausaha agung PAS, supaya semua pemimpin parti itu dan Pakatan Rakyat berhenti membuat kenyataan umum berhubung isu tersebut bagi mengelak kekeliruan, lapor Bernama.

"Saya tak boleh lari daripada keputusan Muktamar PAS di Ipoh tahun lalu... keputusannya ialah menyokong Pakatan Rakyat.
"(Yang sokong) perpaduan ini boneka Umno, terang dan jelas."Suara sumbang dari PAS untuk buat kerajaan perpaduan ini adalah boneka Umno,"
Beliau dipetik berkata selepas meraikan rombongan guru fardu ain dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di kediaman rasminya di Kota Bharu hari ini.
Nik Aziz berkata jika ada pihak yang memperkatakan mengenai kerajaan perpaduan, lapor agensi berita itu lagi, "ia sebenarnya adalah ilham Umno".

Menjawab soalan bahawa isu kerajaan perpaduan ini ditimbulkan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri, menteri besar itu berkata kenyataan itu bukannya menggambarkan kehendak PAS."Presiden ini ketua bagi pertubuhan, dan pertubuhan tidak buat keputusan, itu kenyataan peribadi," katanya.
Mengenai saranan Mustafa itu,Tokguru berkata tidak ada sebab ahli parti tidak boleh mempersoalkan isu itu."Soalnya tutup kerana apa? Percanggahan pendapat itu bukan datang dari PAS, tapi orang tertentu dalam PAS, dia sudah berasa bahaya bagi dia, maka dia minta tutup," katanya. "Mana boleh tutup mulut manusia."
ijoks2009:kami berdiri teguh di belakang Tokguru

Apa maksud Dr.Asri?


Siasat SIS dahulu sebelum diharamkan: Dr Asri

Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin mempertikaikan tindakan Pas mendesak kerajaan mengharamkan pertubuhan Sister In Islam (SIS) tanpa melakukan penyiasatan dan penelitian yang terperinci. Menurutnya, Pas sepatutnya mengikut proses yang adil tanpa melibatkan pengaruh pihak tertentu dan bukannya berdasarkan beberapa laporan sahaja sekiranya ingin mengambil tindakan terhadap SIS ataupun mana-mana pertubuhan sekalipun.

"Bahaya jika menjadikan agama sebagai kayu pemukul dan jangan sesekali gunakan isu Islam sebagai alat untuk menghukum orang lain," katanya. Menurutnya lagi, pengharaman SIS oleh Pas juga seolah-olah menggambarkan parti tersebut mempunyai pandangan sempit dan tertutup jika agama dipolitikkan.:
Berita penuh:klik disini

Apa maksud Dr.asri "bila Islam di politikkan"adakah dia menganggap islam dan politik tu terpisah(islam lain-politik lain)

Ana yang jahil ni tak faham la ustaz.ana rasa ramai lagi orang yang keliru dengan kenyataan Dr.Asri ni.Lagi satu dah terang-terang SIS tu buat kenyataan mempertkaikan hukum islam kat akhbar,kat tv,kat internet dan macam2 media diaorang guna .nak bukti macammana lagi.

Ana tak faham la ustaz,dah terang-terang SIS tu kata pakai tudung tu bukannya hukum tapi adat orang arab.kata dia lagi poligami tu patut diharamkan.yang ana tahu mana boleh mengharamkan apa yang dihalalkan oleh Allah.

Lagi satu SIS kata banyak hukum-hukum Islam ni tak adil terhadap wanita.
Ana yang jahil ini nak bertanya pada ustaz,apakah hukumnya orang yang mempertikaikan hukum Allah.

Dan lagi, setahu ana SIS ni di asaskan oleh 'syeikh Aminah Wadud",imam solat jumaat yang jadi kecoh dulu.Ana rasa DR.Asri mesti tahu perkara ni.Ana juga di fahamkanAminah wadud juga pernah mengajar di UIA masa Dr.Mahathir jadi PM dulu

Ana jugak pernah di ceritakan Syeikh Aminah wadud ni pernah kata
"mungkin tuhan ni lelaki sebab tu banyak hukum-hukum yang Dia buat menyebelahi lelaki"

Ana yang jahil ini ingin bertanya ustaz,apakah hukumnya orang macamni?

Kenyatan Rasmi Pakatan Rakyat

KENYATAAN MEDIA UNTUK EDARAN SEGERA

By Anwar Ibrahim
10 Jun 2009, Petaling Jaya- Kenyataan ini saya edarkan setelah berbincang dengan Ustaz Abdul Hadi Awang dan Sdr. Lim Kit Siang semalam. Kami mengulangi komitmen untuk memperkukuhkan kerjasama Pakatan Rakyat bagi menjayakan Agenda Perubahan.

Kami berpendapat adalah penting untuk memberi peluang dan ruang kepada rakan-rakan parti komponen untuk menjelaskan pendirian mereka berhubung sebarang isu yang berbangkit. Kami percaya perselisihan kecil yang digembar gembur oleh media umno-bn tidak akan meretakkan permuafakatan yang terbina dari iltizam untuk membawa Perubahan kepada rakyat Malaysia keseluruhannya.

Perlu dijelaskan bahawa isu rundingan PAS-umno yang berbangkit dari kenyataan Ustaz Abdul Hadi pada sidang akhbar selepas menyampaikan ucapan dasar di muktamar tahunan baru-baru ini harus dilihat dalam konteks pidato Presiden Pas.
Dalam pidato tersebut Ustaz Abdul Hadi mengulangi komitmen PAS untuk memastikan Perubahan terlaksana melalui wadah Pakatan Rakyat dan menggariskan kewajaran muafakat antara parti bagi menyelesaikan krisis Perak melalui pilihanraya, menggesa agar badan kehakiman bebas dari sebarang kongkongan dan pilihanraya yang telus.

Inshaallah permuafakatan Keadilan, PAS dan DAP akan bertambah utuh dari hari ke hari. Rakyat Malaysia mahukan sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, telus dan cekap mentadbir bagi kembali memacu negara ini ke persada. Pakatan Rakyat bersedia menggalas tanggungjawab demi memastikan negara ini berada di landasan yang tepat.

ANWAR IBRAHIM KETUA PEMBANGKANG DEWAN RAKYAT MALAYSIA

http://anwaribrahimblog.com/
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...