Aku menulis bukan kerna nama,bukan kerna wang dan upah,
Kerna kasih sayang pada sesama insan,
Dan menyatakan kasih sayangNya...
Peringatan Untuk Diri
Hadith yg diriwayatkn oleh Ibnu Majah, "sesiapa yg mempelajari sesuatu ilmu krn hendak menandingi ulama dan bermegah kpd org yg bodoh, hendaklah ia menyediakan tempatnya di dlm neraka"

13 Jan 2012

Benarkah Buku Sastera Tingkatan 4 Hina PAS

Tag : Isu Semasa 

Pada petang Selasa yang lalu, saya dikejutkan dengan berita dari seorang rakan kepimpinan PAS negeri Johor yang menelefon saya berkenaan sebuah novel yang dikatakan menghina PAS.

Saya agak terkejut dengan dakwaan itu kerana menurut rakan PAS tersebut mengatakan novel itu adalah silibus ‘wajib’ sastera di tingkatan 4 sekolah menengah di seluruh negeri selatan Malaysia.


Justeru, pemimpin PAS tersebut telah mengajak saya untuk mengkaji akan kesahihan maklumat yang diterima. Bergegas pula saya mencari seorang rakan yang berkerja di sebuah kedai buku tersohor di Johor ini untuk menempah akan novel yang dimaksudkan.


Ternyata benar! Memang novel itu adalah buku teks wajib silibus sastera di Tingkatan 4. Saya telah menghantar maklumat untuk beliau menyimpan novel itu untuk saya.


Pembacaan dimanifestasikan


Penulisnya Hartini Hamzah. Penerbitnya Utusan Publications & Distributors SDN BHD. Novel tempat pertama kategori novel remaja ‘Hadiah Sastera Utusan Melayu – Pubic Bank 1998’. Judulnya ‘Melunas rindu’ sembilan belas bab 209 muka surat.


Dari sehelai ke sehelai dan bab ke bab diamati halus. Setelah seharian menelaah novel tersebut yang khatamnya di bab sembilan, penulis masih tidak temui sebarang hinaan dan keraguan di dalam novel tersebut seperti yang dimaklumkan.


Hari kedua bacaan diteruskan berserta kajian, akhirnya penulis terhenti bacaan di bab tiga belas. Memang terang dan nyata wujud keraguan di bab tersebut. Saya amati dan renungi sedalam mungkin dan sepositif yang mungkin. Dan kenyataannya hampa. Memang boleh diukuri benar akan keraguan tersebut.


Penghinaan itu dimulakan dengan seorang watak yang bernama Cikgu Zamani. Beliau seorang yang malas dan hanya pandai berdebat di sekolah. Watak Cikgu Zamani dipopularkan dengan gambaran bangkangan di sekolah tersebut yang juga tempat bagi watak utama Fuad mengajar. Memang kalau disedari, watak Cikgu Zamani adalah watak ‘orang kuat membangkang’.


Ternyata keraguan mulai timbul. Watak Cikgu Zamani yang tidak habis-habis untuk merekrut ahli-ahli baru dalam jemaahnya ternyata wujud terang di bab yang ketiga belas. Perkara ini memang terlalu menyedihkan.


Namun penghinaan itu tidak terjelma secara kejam dan jahat. Penghinaan yang dilakukan oleh penulis novel tersebut bersekitarkan peribadi seorang ahli jemaah yang lolos dalam menjalankan kerja sebagai seorang guru dan lebih mengutamakan perempuan dan ahli jemaahnya sahaja.


Hal inilah yang membuatkan saya agak bersengkang mata memikirkan akan rasional menulis buku yang sedemikian rupa.


Rumusan kajian


Novel ini menarik untuk dibaca, tetapi ia tidak sepatutnya menjadi novel komponen sastera dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia tingkatan 4 yang bermaksudkan novel ini adalah teks wajib bagi pelajar tingkatan 4 di negeri selatan Malaysia khusunya negeri Johor.


Murid tidak harus dibabitkan dengan isu politik tanah air. Ibarat kata seorang rakan kepada saya, kalau politik ‘Melunas rindu’ menjadi wajib kepada pelajar di negeri Johor maka jangan salahkan jika Kelantan atau Kedah mengajar murid di negeri tersebut dengan buku ‘Shit dan Tulang-tulang berselerakan’.


Dalam kajian saya, bab tiga belas itu jika tidak diwujudkan pasti novel ini akan dilihat lebih baik. Hanya bab tiga belas itu sahaja yang menjadi titik jahat untuk menerapkan minda membenci pembangkang dan mengelirukan masyarakat di Malaysia berkenaan PAS. Itulah kajian rasionalnya.


Memang terang perkataan ‘pemerintah di sebuah negeri pantai timur semenanjung Malaysia dan parti pembangkang di negara ini’ dalam novel tersebut khususnya di bab tiga belas. Kalau diamati kisah di dalam novel tersebut, dari awal hingga ke akhir kisah soal politik tidak ada kena mengena langsung dalam novel itu. Yang menjadi kemusykilannya ‘mengapa’ harus dimasukkan sifat orang malas seperti Cikgu Zamani (ahli PAS) di dalam novel tersebut.


Apa kaitan Cikgu Zamani dengan watak-watak utama dalam novel tersebut? Memang terang ia hanya sebuah provokasi jahat untuk diajarkan kepada pelajar tingkatan 4 di sekolah menengah. Novel ini tidak sepatutnya diajarkan secara wajib di sekolah. Kalaupun ia adalah pemikiran asal dari penulisnya, maka cukup sekadar jualan buku biasa sahaja dan tidak perlu diajarkan secara wajib di sekolah.


Pengalaman telah membuktikan betapa novel ‘Interlok’ tulisan sasterawan negara Abdullah Hussein telah ditarik balik dari menjadi novel wajib di sekolah bermula tahun ini. Maka selaku respondan dari seorang yang bertanggungjawab, saya meminta dan mendesak agar novel ini ditarik semula sebagai novel wajib untuk pelajar tingkatan 4.


Penegasan ini harus dilakukan bagi mengimbangi keadaan di mana sekolah bukanlah tempat untuk mengajar fahaman politik atau perkauman seperti BTN (Biro Tata Negara). Atau, pihak Menteri dan badan yang terbabit perlu mengubah semula novel tersebut jika ingin mengekalkan novel tersebut sebagai komponen sastera Bahasa Malaysia di sekolah.


Pengubahan dengan membuang watak Cikgu Zamani dan bab tiga belas yang tidak ada kena mengena langsung dengan induk novel tersebut. Desakan ini perlu bagi menjaga keharmonian seluruh masyarakat di Malaysia. Soal politik adalah kerja selepas alam persekolahan.


Jika ia adalah pengalaman peribadi penulis novel ‘Melunas rindu’ itu bukanlah bermaksud ia perlu didoktrinkan kepada remaja sekolah. Biarlah ia sekadar sebuah minat dari pembaca yang ingin membaca atas dasar kesedaran membeli bukan atas dasar kewajipan pelajaran. Maklumlah novel itu adalah novel pemenang tempat pertama novel remaja hadiah sastera pasti ramai yang mungkin akan membelinya tanpa dipaksa membacanya. 

Cari N3 lama-lama disini

1 comment:

Amuraria said...

INILAH KERJA PARA SUBHAT APCO GENG PANDI KUTTY ! TIDAK ADA LAIN MELAINKAN MEMBURUKKAN KERAJAAN PARTI ISLAM KEUTAMAAN GENG PRO-ZIONIS INI,WALAU SECARA HALUS DAN LICIK KERJA KHIANAT MEREKA AKAN TERDEDAH JUGA ! MUSUH ISALM ADA DIMANA-MANA SELAGI ADA UMAT ISLAM !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...