Peringatan Untuk Diri
Hadith yg diriwayatkn oleh Ibnu Majah, "sesiapa yg mempelajari sesuatu ilmu krn hendak menandingi ulama dan bermegah kpd org yg bodoh, hendaklah ia menyediakan tempatnya di dlm neraka"

2 Pictures, Images and Photos
Klik Gambar Untuk Menonton

27 Jan 2012

Bumi Berdepan Kesan Ribut Solar Terkuat

Tag: Merenung Sejenak
 “Ia bertanya (secara mengejek): “Bilakah datangnya hari kiamat itu?” (Jawabnya) 

“Maka apabila pemandangan menjadi berpendar-pendar. Dan BULAN HILANG CAHAYANYA (kerana cahaya matahari yang terlalu terang ketika itu membuatkan bulan tidak kelihatan- seperti pada waktu tengah hari). 

Dan matahari serta bulan DIHIMPUNKAN BERSAMA (apabila matahari mula menelannya.” – 
(Al-Qiaamah: 6-9)
 
GAMBAR yang dirakamkan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan pada 22 Januari lalu menunjukkan nyalaan solar di Hemisfera Utara di matahari.

WASHINGTON, Amerika Syarikat (AS) - Beberapa pegawai cuaca angkasa lepas menyatakan ribut solar paling kuat dalam tempoh lebih enam tahun akan mengenai Bumi dengan pancaran radiasi akan berlaku.
Sebelum ini, radiasi ribut solar cuma mengganggu satelit dan mendatangkan masalah kepada angkasawan di angkasa lepas.

Namun, ia juga boleh menyebabkan gangguan komunikasi pada pesawat yang berada di udara.
Pusat Ramalan Cuaca Angkasa Lepas di negeri Colorado dalam satu kenyataan mengesahkan ribut solar itu berlaku pada pukul 11 malam (waktu AS) Ahad lalu.

Ahli fizik AS, Doug Biesecker berkata, perkara paling membimbangkan mengenai ribut solar adalah radiasi yang dilepas.
Pancaran itu ,katanya, tiba di Bumi sejam kemudian.
Hentaman radiasi itu dijangka berlarutan sehingga hari ini.

Menurut Biesecker, tahap radiasi kali ini dianggap kuat tetapi radiasi lebih dahsyat pernah dikeluarkan beberapa ribut solar sebelum ini.
Radiasi kali ini adalah yang paling kuat sejak ribut solar pada Mei 2005.
Plasma yang keluar dari matahari ekoran ribut solar berkenaan pula tiba di Bumi semalam.
Ia dijangka menyebabkan gangguan pada grid elektrik di Bumi. - Agensi
 

Ledakan badai matahari yang kuat telah berlaku jam 11.59 am waktu Malaysia pada 23/1/2012 dan kabarnya telah sampai ke bumi pada hari selasa 24/1/2012. Berbagai takrifan yang telah dibuat apabila berlaku fenomena badai matahari seperti yang telah di bincangkan sejak beberapa tahun kebelakangan ini. 
Sebenarnya kejadian badai matahari adalah salah satu fenomena membuktikan kekuasan Allah SWT yang tidak dapat ditahan oleh manusia. Tidak mustahil ini adalah tanda akhir zamanSebagai umat islam,jadikanlah semua ini sebagai peringatan untuk kita lebih menyakini kuasa allah dan Dia mampu berbuat sesuatu dalam hanya sekelip mata,justru itu jangan sombong dengan harta,pangkat atau pengaruh,sama-sama kita persiapkan diri menghadapiNya..
Cari N3 lama-lama disini


4 comments:

Amuraria said...

ALLAHU AKHBAR !

Bella said...

As'salamualaikum , izinkn sy share . JazaakALLAHu Khaira .Ini kuasa ALLAH

ijoks2009 said...

Silakan Bella

ijoks2009 said...

Silakan Bella

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pemberitahuan

Blog ini ditulis berdasarkan pandangan peribadi penulis ,bukan mewakili mana-mana tokoh atau parti politik.Yang mana yang serasi dengan Islam dan jiwa penulis akan disokong yang mana tak betul akan ditegur.

Artikel Terdahulu