Tag: Isu Semasa
TEL AVIV: Perang siber terhadap Israel meningkat selepas satu lagi kumpulan penggodam dari Arab Saudi menyerang laman web bursa saham Tel Aviv dan syarikat penerbangan kebangsaannya, El Al menyebabkannya ditutup seketika.
Pergerakan pejuang Hamas yang memerintah Semenanjung Gaza, menyifatkan serangan itu sebagai tamparan kepada kerajaan Yahudi berkenaan.
Syarikat penerbangan El Al menutup laman webnya selepas serangan terdahulu memberi amaran dua laman web itu disasarkan oleh penggodam pro Palestin, kata sumber syarikat itu.
Ia berkata, mereka mengambil langkah keselamatan untuk melindungi laman web dan gangguan memang dijangka.
Jurucakap Bursa Saham Tel Aviv berkata, laman web itu dihujani permohonan elektronik yang melambatkan ia tetapi masih beroperasi. Pasaran saham tidak terjejas.
Pakar siber berkata, Israel sasaran biasa penggodam online. Tiada laporan sahih mengenai laman web sulit kerajaan digodam.
Beberapa minggu lalu, laman web perkhidmatan pengintipan Israel dan laman web rasmi lain ditutup tetapi kerajaan menafikan ia perbuatan penggodam dan menyifatkannya masalah teknikal.
Israel adalah pemimpin dunia dalam keselamatan siber dan agensi keselamatan dalam negeri, Shin Bet, menyediakan perkhidmatan nasihat kepada sektor perniagaan seperti bank dan utiliti awam.
Gangguan online juga berlaku di tiga bank iaitu Bank Kebangsaan Pertama Israel (FIBI) dan dua anak syarikat, Bank Massad dan Bank Otzar Hahayal.
Jurucakap bank berkata, laman pemasaran mereka digodam tetapi ruang perkhidmatan kepada pelanggan tidak terjejas. – Agensi
-ijoks2009-
Sayidina Abu Bakar as-Siddiq menyatakan :
"Perangilah musuh kamu sebagaimana mereka memerangi kamu"

2 comments:
JANGAN LUPA PARTI PANDI KUTTY DI MALAYSIA PUN GUNA KHIDMAT APCO ZIONIS !
Amuraria,Serangan cyber juga patut dilakukan dengan mana-mana negara atau pihak yang bersekutu dengan yahudi.
Post a Comment