Tag: Merenung Sejenak
Asalamualaikum,Salam Blogger.
Disini saya nak kongsikan satu kisah yang pernah saya baca dari buku Kisah dan teladan .
Buku ni dah lama saya baca jadi maaf saya sudah lupa siapa penyusunnya,tapi kisah ini adalah kisah benar yang terjadi di Zaman Nabi Musa as.Semoga ia di jadikan teladan untuk kita.
---------------------------------------------------------------
Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah. "Ya Allah, siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?". Allah pun menjawab dengan mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya. Nabi Musa as.merasa teruja untuk mengenali siapakan yang begitu bertuah untuk menjadi teman seorang nabi di akhirat itu,apakah amalannya dan bagaimanakah akhlaknya.

Nabi Musa turun dari Bukit Tursina dan terus berjalan mengikut tempat yang diberitahu. Setelah beberapa hari di dalam perjalanan akhirnya sampai juga Nabi Musa ke tempat berkenaan.
Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di situ, beliau berjaya bertemu dengan orang tersebut. Setelah memberi salam beliau dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu.
Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di situ, beliau berjaya bertemu dengan orang tersebut. Setelah memberi salam beliau dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu.
Apa yang pelik,tuan rumah itu tidak terus melayan Nabi Musa. Dia masuk ke dalam bilik dan
melakukan sesuatu di dalam.Sebentar kemudian dia keluar sambil membawa seekor babi betina yang besar. Babi itu didukungnya dengan cermat. Nabi Musa terkejut melihatnya. "Apa hal ini?, kata Nabi Musa berbisik dalam hatinya penuh kehairanan. Babi itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Setelah itu babi itu dilap sampai kering serta dipeluk cium kemudian dihantar semula ke dalam bilik.

Tidak lama kemudian dia keluar sekali lagi dengan membawa pula seekor babi jantan yang lebih besar. Babi itu juga dimandikan dan dibersihkan.Kemudian dilap hingga kering dan dipeluk serta cium dengan penuh kasih sayang. Babi itu kemudiannya dihantar semula ke bilik. Selesai kerjanya barulah dia melayan Nabi Musa.
"Wahai saudara! Apa agama kamu?". "Aku agama Tauhid", jawab pemuda itu iaitu agama Islam.
"Habis, mengapa kamu membela babi? Kita tidak boleh berbuat begitu." Kata Nabi Musa.
"Habis, mengapa kamu membela babi? Kita tidak boleh berbuat begitu." Kata Nabi Musa.
"Wahai tuan hamba", kata pemuda itu. "Sebenarnya kedua babi itu adalah ibubapa kandungku. Oleh kerana mereka telah melakukan dosa yang besar, Allah telah menukarkan rupa mereka menjadi babi yang hodohrupanya. Soal dosa mereka dengan Allah itu soal lain. Itu urusannya dengan Allah. Aku sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajipanku sebagai anak. Hari-hari aku berbakti kepada kedua ibubapaku sepertimana yang tuan hamba lihat tadi. Walaupun rupa mereka sudah menajdi babi, aku tetap melaksanakan tugasku.", sambungnya.
"Setiap hari aku berdoa kepada Allah agar mereka diampunkan. Aku bermohon supaya Allah menukarkan wajah mereka menjadi manusia yang sebenar, tetapi Allah masih belum memakbulkan lagi.", tambah pemuda itu lagi.
Maka ketika itu juga Allah menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s. 'Wahai Musa, inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di Syurga nanti, hasil baktinya yang sangat tinggi kepada kedua ibubapanya. Ibubapanya yang sudah buruk dengan rupa babi pun dia masih menghormati dan berbakti kepada mereka juga. Oleh itu Kami naikkan maqamnya sebagai anak soleh disisi Kami."

Allah juga berfirman lagi yang bermaksud : "Oleh kerana dia telah berada di maqam anak yang soleh disisi Kami, maka Kami angkat doanya. Tempat kedua ibubapanya yang Kami sediakan di dalam neraka telah Kami pindahkan ke dalam syurga."
Bila baca kisah ni,rasa sedih memikirkan akhlak dan tingkahlaku remaja sekarang dengan ibu-bapa mereka.
Mereka memperlakukan kedua orangtua yang melahirkan mereka seperti kawan-kawan ,yang lebih teruk menganggap macam musuh.Jika bertembung kehendak mereka dengan ibu-bapa,kehendak mereka juga yang harus diikuti.
Siapa yang nak dipersalahkan,pada saya semua bersalah.Mungkin ibu-bapa zaman sekarang terlalu manjakan anak-anak sehingga didikan disiplin dan agama kurang diberi perhatian.
Begitu juga faktor persekitaran juga memainkan peranan,jiran-jiran,media masa dan semua pihak.Berbeza dengan remaja dulu,renaja kini berjiran dengan minah indon,mat bangla,nepal,negro dan sebagainya ditambah dengan pengaruh internet ,FB yang sedikit sebanyak mempengaruhi cara perwatakan mereka menjadi lebih kasar.apa komen anda?

0 comments:
Post a Comment