Peringatan Untuk Diri
Hadith yg diriwayatkn oleh Ibnu Majah, "sesiapa yg mempelajari sesuatu ilmu krn hendak menandingi ulama dan bermegah kpd org yg bodoh, hendaklah ia menyediakan tempatnya di dlm neraka"

2 Pictures, Images and Photos
Klik Gambar Untuk Menonton

30 Jan 2012

Klinik 1Malaysia,Keperihatinan Kerajaan Atau MainanPolitik Kerajaan?(Santai)

Tag: Santai 

Assalamualaikum dan salam blogger,
Dah lama tak menulis disebabkan line internet buat hal,jadi macam kekok dan tak tahu macammana nak mulakan ayat.Sebenarnya Entri kalini saya nak bagi pandangan sikit pasal klinik satu malaysia yang diwujudkan kerajaan Malaysia.
 
Dalam suasana sekarang yang dikatakan musim pra pilihanraya benda-benda sebegini sering dijadikan modal politik termasukklah kedai satu malaysia samaada oleh pihak kerajaan atau pembangkang.Saya tak berminat nak sentuh bab politik dalam halni.Biarlah blogger-blogger politik yang ulas pasal hal tersebut.

Saya cuma nak kongsikan pendapat saya sebagai rakyat biasa berkenaan Klinik 1 malaysia.
Pada saya ,daripada kerajaan membelanjakan jutaan ringgit wang rakyat untuk mewujudkan klinik 1 malaysia ni ,adalah lebih baik jika sekiranya wang yang sama disalurkan ke klinik-klinik kerajaan yang sedia ada,untuk menaiktaraf frasarana atau membeli ubat,apa yang dirasakan perlu.
 
Apa yang dilaungkan dalam mediamasa ,klinik 1 Malaysia diwujudkan untuk memberi peluang kepada rakyat yang berpendapatan rendah mendapatkan rawatan kesihatan dengan kos yang murah.
 
Jika itulah tujuannya, adalah lebih baik jika wang tersebut disalurkan kepada klinik-klinik kerajaan yang sedia ada, maka matlamatnya juga boleh tercapai.Maknanya dengan cara tersebut rakyat miskin boleh juga mendapat rawatan yang murah di klinik -klinik kerajaan yang sedia ada tanpa perlu membazirkan wang rakyat dengan membina bangunan atau sewa bangunan,membeli peralatan klinik 1 Malaysia dan sebagainya.Kenapa perlu diwjudkan satu lagi Klinik sedangkan klinik kerajaan sudah sedia ada?
 
Atau itu menunjukkan yang klinik satu Malaysia hanyalah propaganda kerajaan BN untuk tujuan politik sahaja.?
Saya sekadar bertanya,apa pandangan anda.. 

Kita mungkin berbeza pandangan dalam banyak hal tapi jika arah tuju kita sama,ikhlas mencari kebenaran maka kita tidak patut bermusuh
 
“Demi MASA. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. 

Kecuali yang beriman dan yang beramal soleh.
Yang berpesan-pesan dengan KEBENARAN. 

Yang berpesan-pesan dengan KESABARAN”
-Surah Al-asr-



Cari N3 lama-lama disini

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pemberitahuan

Blog ini ditulis berdasarkan pandangan peribadi penulis ,bukan mewakili mana-mana tokoh atau parti politik.Yang mana yang serasi dengan Islam dan jiwa penulis akan disokong yang mana tak betul akan ditegur.

Artikel Terdahulu