Peringatan Untuk Diri
Hadith yg diriwayatkn oleh Ibnu Majah, "sesiapa yg mempelajari sesuatu ilmu krn hendak menandingi ulama dan bermegah kpd org yg bodoh, hendaklah ia menyediakan tempatnya di dlm neraka"

2 Pictures, Images and Photos
Klik Gambar Untuk Menonton

15 Jan 2012

Najib Terima Ugutan Bom,Pelajar Ditahan


GEORGE TOWN: Seorang pelajar berusia 24 tahun ditahan untuk disoal siasat selepas mengeluarkan kenyataan berunsur ugutan untuk meletakkan bom dalam helikopter yang dinaiki Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Facebooknya.


Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Gan Kong Meng berkata, pelajar terbabit dibawa ke ibu pejabat polis daerah di Jalan Patani untuk soal siasat pada pukul 1.30 petang, Ahad.


"Kes itu disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah. Pelajar tersebut ditahan di kampusnya di Nibong Tebal.

"Kes itu masih dalam siasatan lanjut. Kami akan mengumumkan jika terdapat sebarang perkembangan," katanya ketika dihubungi, Ahad.


Satu laporan polis dibuat di balai polis Jelutong terhadap kenyataan dalam sebuah blog yang memaparkan profil Facebook pelajar itu.

Dalam status terbaru dalam profil Facebook itu menyatakan, Najib akan turun ke kampus...mari bom helikopter tersebut...'. 
-http://mstar.com.my-
Cari N3 lama-lama disini

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pemberitahuan

Blog ini ditulis berdasarkan pandangan peribadi penulis ,bukan mewakili mana-mana tokoh atau parti politik.Yang mana yang serasi dengan Islam dan jiwa penulis akan disokong yang mana tak betul akan ditegur.

Artikel Terdahulu