Aku menulis bukan kerna nama,bukan kerna wang dan upah,
Kerna kasih sayang pada sesama insan,
Dan menyatakan kasih sayangNya...
Peringatan Untuk Diri
Hadith yg diriwayatkn oleh Ibnu Majah, "sesiapa yg mempelajari sesuatu ilmu krn hendak menandingi ulama dan bermegah kpd org yg bodoh, hendaklah ia menyediakan tempatnya di dlm neraka"

8 Apr 2012

Dunia Makin Kacau,Manusia Makin Gila,Diambang Kiamat.

Tag: Isu Semasa
Anggota-forensik-memeriksa-mayat-bayi-perempuan-yang-ditemui-dalam-sebuah-bungkusan-beg-plastik-hita
Add caption

POKOK SENA - Seorang peniaga tidak menyangka bau busuk dari sebuah bungkusan beg plastik hitam yang ditemui di warungnya di Kampung Sungai Mati dekat sini, petang kelmarin rupa-rupanya mayat seorang bayi perempuan yang masih bertali pusat dan cukup sifat.

Rusdi Abd Aziz, 45, yang tidak berniaga pada Jumaat dan Sabtu berkata, dia hanya menyedari bungkusan berkenaan kira-kira jam 6 petang kelmarin sewaktu dalam perjalanan ke Pekan Langgar untuk membeli barang.

Menurutnya, dia berpatah balik untuk melihat kandungan bungkusan itu, namun bau busuk dari bungkusan itu membuatkannya berasa tidak sedap hati lalu memanggil beberapa penduduk kampung di situ.

“Kami kemudiannya menggunakan ranting kayu untuk membuka bungkusan itu lalu ternampak kaki bayi sebelum mengesahkannya adalah mayat bayi yang masih bertali pusat dibalut dengan kain putih.

“Saya kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Langgar mengenai penemuan mayat bayi terbabit,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Penduduk kampung, Saad Saadun, 64, pula berkata, ini merupakan kejadian kali pertama berlaku sejak lebih 30 tahun menetap di kampung itu.

“Sepanjang tinggal di sini, saya tidak pernah dengar kejadian seperti ini dan tidak tahu sama ada ia perbuatan penduduk setempat atau orang luar,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan mengesahkan kejadian itu dan mayat bayi terbabit dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk bedah siasat.
Semakin hari dirasakan hidup dalam dunia ni buatkan jiwa jadi tertekan dan bimbang dengan segala macam gejala negatif yang berlaku,Dengan kadar jenayah yang makin meningkat dan gejala sosial yang dah semakin parah,manusia dah jadi macam binatang yang tak ada rasa malu.
Inilah yang diperingatkan oleh baginda Rasulullah s.a.w tentang tanda-tanda diambang kiamat,semua tanda-tanda kecil sudah berlaku tinggal lagi tanda besar saja yang belum muncul.
Adakah belum sampai masanya lagi untuk kita sama-sama kembali kepada islam sebagai sistem hidup dan bernegara..
----------------

Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) menegaskan kerajaan yang sedia ada yang tidak mahu melaksanakan syariat sepenuhnya, perlu diganti.

Akibat menolak syariat sebagai suatu alternatif  kepada sistem yang ada, yang gagal memperbaiki bukan sahaja nasib umat Islam malah gagal menjaga amanah uruskelola  negara dari segala kepincangan salahguna kuasa dan kewangan rakyat, Malaysia kini berhadapan dengan pelbagai isu sosio-ekonomi yang buruk.


Cari N3 lama-lama disini

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...