Aku menulis bukan kerna nama,bukan kerna wang dan upah,
Kerna kasih sayang pada sesama insan,
Dan menyatakan kasih sayangNya...
Peringatan Untuk Diri
Hadith yg diriwayatkn oleh Ibnu Majah, "sesiapa yg mempelajari sesuatu ilmu krn hendak menandingi ulama dan bermegah kpd org yg bodoh, hendaklah ia menyediakan tempatnya di dlm neraka"

3 Apr 2012

Mohon Solat Hajat Untuk Tuan Guru Dr.Harun Din



Assalamualaikum dan salam blogger,
Saya ingin mengajak saudara seislamku untuk kita sama-sama menunaikan solat hajat (selepas Isya') untuk kesihatan Usz Harun Din yang kini berada di  Hospital Stanford,USA kerana pembedahan jantung. 

Adalah dimaklumkan bahawa Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din sedang menjalani saat-saat getir pembedahan jantungnya di Stanford Hospital, San Francisco, USA. 

Proses pembedahan jantung bermula pada 2-April-2012 @ 8:00 pagi (11:00 malam waktu Malaysia) dan dijangka akan berakhir dalam masa 8 hingga 10 jam kemudian.

Pesanan Tuan Guru kepada kita semua "Kenang Daku Dalam Doa Mu"

Maklumat Terkini:
2-Apr-2012 (Isnin) @ 8:00 pagi (11:00 mlm waktu Malaysia) :
- Tuan Guru masuk bilik pembedahan
2-Apr-2012 (Selasa) @ 6:30 petang (3-Apr-2012 @ 9:30 pagi waktu Malaysia) :
- Pembedahan selesai dengan selamat. Tuan Guru dijangka akan ditempatkan di ICU selama 4 hari sehingga keadaan jantung stabil.
 
Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din telah berangkat ke San Francisco untuk menjalani pembedahan jantung pada hari Ahad 18-Mac-2012 jam 2:00 pagi. Rombongan yang bersama-sama menemani Tuan Guru ialah isteri beliau Ustazah Datin Khadijah, anak sulung, kedua dan keempat beliau iaitu Dr. Huda, Ustaz Hj. Hamdi dan Ustaz Hj. Najmi. Juga turut serta menantu beliau suami kepada Dr. Huda iaitu Dr. Azlin Azzudin.

Secara umumnya masalah jantung Tuan Guru ialah terdapat banyak saluran darah (artery) pada jantung yang tersumbat menyebabkan jantung tidak dapat berfungsi dengan sempurna. Keadaan ini menyebabkan Tuan Guru sering mengalami serangan sakit jantung secara puratanya 10 kali sehari. Bagi mengatasinya Tuan Guru terpaksa menggunakan spray GTN untuk meredakan kesakitan.

Tuan Guru kerap menjalani rawatan jantung di IJN bagi mengatasi sakit jantung tersebut. Bagaimanapun pelbagai ikhtiar telah dilakukan oleh doktor-doktor pakar di IJN, mereka akhirnya menasihatkan Tuan Guru mendapatkan rawatan seterusnya di Stanford Hospital, San Francisco, USA.

Rawatan kali ini agak rumit kerana kaedah memasukkan stent untuk mengatasi saluran darah yang tersumbat tidak boleh dilakukan. Jantung Tuan Guru terpaksa dibedah dari bahagian belakang melalui kaedah 'sternotomy'.

Untuk mengetahui bagaimana kaedah ini dilakukan boleh lihat lihat di youtube ( http://www.youtube.com/watch?v=r7RsB0BA4EI ). ". Pembedahan akan dilakukan pada pagi Isnin 2-April-2012 jam 8:00 pagi waktu San Francisco USA (11:00 malam waktu Malaysia). Jika tidak ada kerumitan insya-Allah pembedahan akan selesai dalam masa kurang 6 jam.

Marilah kita sama-sama berdoa agar Allah SWT memudahkan urusan pembedahan ini dan berakhir dengan kesembuhan yang berpanjangan kepada kesihatan Tuan Guru.

-Sumber-
darussyifa.org
 
Saya sendiri akan buat solat hajat selepas isya' nanti insyaallah..
Cari N3 lama-lama disini

1 comment:

fadzlizaki said...

smoga tok guru kita cepat sembuh dan selamat amin...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...