Aku sangkakan tak ada smart phone yang
berharga di bawah RM500, rupa-rupanya ada dan ianya telah dilancarkan
Februari lalu di Kuala Lumpur.
Ianya di bangun dan dipasang sepenuhnya dinegara ini oleh sebuah syarikat telekomunikasi tempatan, DMD Mobile Sdn. Bhd.
Telefon pintar mampu milik yang dikenali sebagai M3 Communicator bakal dijual dengan harga tidak melebihi RM500.
M3 Communicator adalah telefon pintar yang pertama dibangunkan di Malaysia.
Sasaran penjualan M3 Communicator
sebanyak 5000 unit diseluruh negara pada April lalu dan merancang untuk
mengeluarkan 2 hingga 3 model pada tahun ini dengan harga sekitar RM
500.
Dan lebih menarik lagi.. korang sila lihat dan baca apa yang tertera pada image di bawah ini..
Kata Pengerusi Eksekutif DMD Mobile Sdn.
Bhd., Datuk Dr. Mohammed M. Daud, pelancaran produk itu bagi memberi
peluang kepada ahli masyarakat untuk berkomunikasi dan berhubung secara
lebih mudah dengan kos yang minimum.
Oooo… Pengerusi Eksekutifnya Datuk Dr. Mohammed M.Daud….
Siapa agaknya dia yang begitu berani menceburi perniagaan yang pesaingnya terdiri dari syarikat-syarikat gergasi yang ternama?
Cuba lihat image di bawah…
Bekas Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan rupanya dia..
21 Februari 2012 Pelancaran produk
keluaran syarikatnya telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri
Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.. Telefon pintar mampu milik yang
dikenali sebagai M3 Communicator bakal dijual dengan harga tidak
melebihi RM500.
28 September 2012 Najib mengumumkan rebat RM200 bagi pembelian telefon pintar 3G untuk belia berumur 21 hingga 30 tahun.
26 Disember 2012 Suruhanjaya Komunikasi
dan Multimedia Malaysia (SKMM) menjelaskan dalam lamanwebnya bahawa
rebat RM200 untuk telefon pintar yang diumumkan dalam Bajet 2013
hanyalah untuk telefon pintar yang berharga maksimum RM500.
Syarat-syarat lain yang perlu dipenuhi untuk mendapat rebat RM200 itu.
Adakah ini suratan, kebetulan atau hadiah untuk persaraan?




No comments:
Post a Comment
Setiap kata-kata dan tulisan mencerminkan peribadi anda...
Terimakasih sudi bagi pandangan.