Dalam riwayat lain, Rasulullah bersabda,'' Sudah dekat suatu masa di mana sungai Eufrat akan menjadi surut airnya lalu ternampak perbendaharaan daripada emas, maka barang siapa yang hadir di situ janganlah ia mengambil sesuatu pun daripada harta itu.'' (HR Bukhari Muslim)
Imam
Bukhari juga meriwayatkan hadis lain, Rasulullah SAW bersabda,'' Segera
Sungai Eufrat akan memperlihatkan kekayaan (gunung) emas, maka siapa
pun yang ada pada waktu itu tidak akan dapat mengambil apa-apa darinya.
Imam Abu Dawud juga meriwayatkan hadis yang sama.
Dalam hadis itu,
Rasulullah pernah bersabda, bahawa sungai yang mengalir di tiga negara
besar, Turki, Syria, dan Iraq itu pada saatnya nanti akan mendedahkan
harta karun yang besar berupa gunung emas. Selain itu, dalam kitab
Al-Burhan fi `Alamat al-Mahdi Akhir az-Zaman, diungkapkan bahawa
keringnya sungai Eufrat merupakan saat datangnya Al-Mahdi sebagai akhir
zaman.Hadis di atas membicarakan tentang Sungai Eufrat. Dalam bahasa
Arab dikenal dengan nama Al-Furat atau air yang segar.
Menurut
Dr Syauqi Abu Khalil dalam Athlas Al-Hadith Al-Nabawi, Eufrat adalah
sungai yang mengalir dari timur laut Turki.'' Sungai itu membelah
pengunungan Toros, lalu melewati Syria di bandar Jarablus, melewati Iraq
di bandar al-Bukmal, dan bertemu Sungai Tigris di Al-Qurnah yang
bermuara di Teluk Arab,'' ujar Dr Syauqi. Panjang sungai itu mencapai
2.375 kilometer. Dua anak sungainya, yakni Al-balikh dan Al-Khabur sudah
kering. -Artikel penuh disini-

No comments:
Post a Comment
Setiap kata-kata dan tulisan mencerminkan peribadi anda...
Terimakasih sudi bagi pandangan.