Aku menulis bukan kerna nama,bukan kerna wang dan upah,
Kerna kasih sayang pada sesama insan,
Dan menyatakan kasih sayangNya...
Peringatan Untuk Diri
Hadith yg diriwayatkn oleh Ibnu Majah, "sesiapa yg mempelajari sesuatu ilmu krn hendak menandingi ulama dan bermegah kpd org yg bodoh, hendaklah ia menyediakan tempatnya di dlm neraka"

15 Feb 2013

Doa Pagar Isteri,Sunnah Yang Jarang Diamalkan Zaman Ini

Gambar perkahwinan Ustaz Don
Amalan Sunnah Nabi SAW yang jarang dipraktikkan oleh pasangan yang baru berkahwin pada hari ini ialah di mana Suami meletakkan tangan kanan di ubun kepala isteri sambil membaca doa :

"Ya Allah, Aku memohon kepadaMu segala kebaikan yang ada padanya, dan aku berlindung kepadaMu dari segala keburukan yang ada padanya. 
Ya Allah, berkatilah isteriku ini ke atasku dan lindungilah dirinya dari segala keburukan perbuatan orang2 yang dengki, perbuatan tukang sihir  dan perbuatan orang2 yang suka melakukan tipu daya"

Ini pula versi yang pendek:

"Ya Allah, aku memohon kepada-Mu kebaikannya dan kebaikan
segala yang Engkau ciptakan pada dirinya. Dan aku berlindung
kepada-Mu daripada keburukannya dan segala keburukan yang Engkauciptakan pada dirinya." (Riwayat Abu Daud ) 

p/s: selamat penganti baru bagi pembacayang bakal atau baru sahaja melangsungkan perkahwinan,semoga N3 ini bermanfaat.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...