Info ini diterima dari seorang teman blogger mybabah.blogspot.com
Kira-kira pukul sebelas malam pada (13 Mac 2013), Surau Puncak Saujana, Taman Puncak Saujana 43000 Kajang telah ditimpa musibah kebakaran akibat litar pintas.
Satu bahagian daripada dinding di ruang muslimah dijilat api hingga ke siling. Manakala bahagian-bahagian lain disaluti jelaga (karbon) daripada kebakaran itu.

Hasil siasatan pihak Bomba, mereka mendapati kebakaran berpunca daripada
aliran elektrik yang terlebih beban yang akhirnya mewujudkan litar
pintas dan seterusnya menghasilkan percikan api.
Mujurlah beberapa orang penduduk ternampak api yang mula marak di dalam
surau dan memanggil rakan-rakan yang lain untuk membantu memadamkan api,
termasuk Mybabah. Alhamdulillah, api dapat dipadamkan sebelum pihak
bomba sampai di tempat kejadian.
Pada mesyuarat yang diadakan pada (14 Mac 2013), Mybabah telah
dilantik mengetuai projek membaik pulih surau, termasuk mengecat semula
bahagian dalam surau. Sebut harga bagi mengecat keseluruhan bahagian
dalam surau adalah berjumlah RM4,000.
Untuk menderma atau maklumat lanjut sila kesini>

No comments:
Post a Comment
Setiap kata-kata dan tulisan mencerminkan peribadi anda...
Terimakasih sudi bagi pandangan.